Pencari Maklumat

Loading

25 June 2012

Lawatan Rombongan Dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Jawa klang Selangor, Malaysia


30 Mei 2012M - Satu rombongan yang terdiri daripada pegawai-pegawai, guru-guru serta pelajar-pelajar dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Jawa Klang Selangor, Malaysia, telah membuat satu persinggahan ke SUAMPRIPAD semasa lawatan ke Brunei Darussalam pada bulan Mei lalu.


Rombongan tersebut telah diketuai oleh Yang Mulia Ustazah Hjh Saadah Bte Baharuddin, Ketua Sektor Pengurusan Naziran di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Pengetua sekolah tersebut, Yang Mulia Ustazah Khairiah Bte Sujud. Disamping bagi berkongsi pendapat dan pengalaman, antara objektif lawatan tersebut juga adalah bagi mengeratkan silaturrahim antara sekolah tersebut dengan sekolah-sekolah arab di Brunei Darussalam secara khususnya dan antara negara secara amnya.


Ketibaan mereka ke sekolah ini telah disambut oleh Puan Pengetua serta warga sekolah lainnya. para rombongan kemudiannya dipersilakan ke surau sekolah dimana beberapa aktivti telah disusun bagi aturcara lawatan. Setelah bacaan surah Al-Fatihah, majlis kemudiannya dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Pengetua Akademik, yang Mulia Ustaz Matudin Hj Tahir.


 Setelah itu, majis diteruskan dengan ucapan daripada wakil ketua rombongan iaitu Cikgu misswadie Bin Hj Sarbini yang juga merupakan Naib Ketua PIBG Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin.


 Majlis seterusnya menyaksikan aktiviti 'Hiwar' yang membabitkan pelajar dari kedua-dua buah sekolah dan juga pertandingan Khat. Majlis pada hari tersebut juga dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid oleh pelajar-pelajar SUAMPRIPAD.










 Foto : Jun