Thursday, October 29, 2009

Majlis Ramah Mesra Sambutan Hari Raya Aidilfitri KHEU


.
18 Oktober 2009 - Kementerian Hal Ehwal Ugama telah mengungkayahkan satu Majlis Ramah Mesra Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi warga kementerian tersebut, yang diadakan di kawasan letak kereta bangunan KHEU, Berakas.
.

.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis tersebut adalah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd. Zain bin Haji Serudin dan Pengiran Datin.
.

.
Turut hadir meraikan acara tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman dan Datin, Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Pengarah-Pengarah Kanan, Pegawai-Pegawai serta Kakitangan KHEU dan jabatan-jabatan di bawahnya.
.

.
Pegawai Pentadbir Kanan Jabatan Pentadbiran KHEU, Awang Ismail bin Haji Chuchu selaku Pengerusi Bersama Majlis dalam ucapannya menjelaskan, majlis itu bertujuan untuk memeriahkan suasana Aidilfitri dan dalam waktu yang sama, menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga KHEU di semua peringkat sama ada yang baru dan lama ataupun yang pernah bertugas di kementerian berkenaan.
.

.
Di samping itu tambahnya, majlis juga menerapkan kesefahaman melalui jalinan kerjasama, bersatu padu, bantu membantu, maaf bermaafan yang akan mewujudkan ikatan kekeluargaan yang lebih erat dan mantap. Majlis juga bertujuan untuk sama-sama memberi sokongan ke arah menyemarakkan lagi sambutan hari-hari kebesaran Islam di negara ini.
.

.
Pada majlis tersebut, Yang Berhormat dan rombongan telah membuat kunjungan ke petak-petak ruangan jabatan dan bahagian yang disediakan di kawasan letak kereta bagi beramah mesra dengan para pegawai dan kakitangan dibawah kementerian tersebut.
.

.
Bagi memeriahkan lagi suasana majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri tersebut, beberapa persembahan telah diadakan seperti syair, Tausyeh, Nasyid, Dikir, Permainan kuiz dan cabutan nombor bertuah.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.


- Foto : Naza & Win Sumber Teks : Pelita Brunei

Tuesday, October 27, 2009

Hari Keusahawanan Pusat Pembangunan Belia & Rumah Terbuka Yang Berhormat Pengerusi PIBG SUAMPRIPAD


.
15 Oktober 2009 - Seramai 10 orang pelajar SUAMPRIPAD beserta beberapa orang guru pengawas telah membuat kunjungan ke Pusat Pembangunan Belia (PPB) yang terletak di Kampong Tanah Jambu bagi menghadiri Hari Keusahawanan Pusat Pembangunan Belia Kali Ke-4 yang diadakan selama seminggu bermula pada 8 Oktober yang lalu.
.

.
Projek tersebut telah memberi peluang kepada para pelatih untuk menimba pengalaman menceburi bidang keusahawanan dengan menjual beraneka jenis barangan dan menyediakan berbagai jenis perkhidmatan seperti penyelengaraan penghawa dingin, khidmat cuci kereta, khidmat salon, bufet makanan dan sebagainya yang kesemuanya disediakan pada harga yang berpatutan.
.

.
Belia adalah merupakan aset negara yang berharga yang perlu diberi peluang untuk memajukan masa depan mereka dan sekaligus masa depan negara. Misi Pusat Pembangunan Belia adalah untuk membangun keupayaan belia sekali gus untuk melatih belia yang berwawasan dan mampu menghasilkan kewangan sendiri dengan menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.
.

.
Sehingga kini, Pusat Pembangunan Belia telah menawarkan sebanyak 10 buah kursus melalui Program Pembangunan Belia. Kursus-kursus yang ditawarkan pada masa ini ialah: Kursus Komputer dan Pengendalian Pejabat, Kursus Masakan dan Katering, Kursus Kek dan Pastri, Kursus Jahitan Asas dan Sulaman, Kursus Solekan dan Dandanan Rambut, Kursus Hairstylish bagi lelaki, Kursus Welding dan Fabrication, Kursus Plumbing dan Pipe Fitting, Kursus Vehicle Body Repair dan Kursus Air Conditioning dan Refrigeration.
.

.
Tujuan Projek Minggu Keusahawanan PPB pada tahun ini adalah memberi peluang kepada para pelatih untuk belajar berniaga sama ada dari aspek perancangan, pengurusan mahupun penyelenggaraan, selain mendidik mereka bersikap kerjasama, bertanggungjawab, berdisiplin dan jujur dalam menjalankan sebarang perniagaan dan perusahaan. Selain itu, ianya juga mendidik para pelatih untuk bersikap kreatif, inovatif, kompetitif dan mempunyai ketahanan dan keyakinan diri dalam menjalankan sebarang kegiatan perniagaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pusat Pembangunan Belia bolehlah melayari lamanweb http://www.ppb.org.bn/
.

.
.

Sementara pada sebelah tengahari pula, lebih dari 30 orang warga SUAMPRIPAD yang terdiri dari kalangan guru dan kakitangan sekolah telah meluangkan masa untuk berkunjung ke rumah terbuka Pengerusi Persatuan IbuBapa-Guru SUAMPRIPAD, Yang Berhormat Penghulu Haji Abu Bakar Mansor, yang terletak di Kampong Kasat.
.

.
Selain ahli jawatankuasa PIBG yang lain, turut berkunjung ke rumah terbuka sambutan hari raya tersebut adalah Pemangku Pengetua sekolah, Yang Mulia Ustazah Dyg Hjh Sarimah Bte Awg Hj Ahmad sambil ditemani oleh suami beliau,Yang Mulia Awg Haji Abdul Kahar bin Haji Hussin, Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid.
.

.
Majlis juga disertakan dengan ucapan alu-aluan dari pihak tuan rumah yang telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan tersebut yang mana ianya sudah tentu akan mengeratkan lagi silaturahim antara kedua belah pihak.
.

.

.


- Foto : Rahim & Naza - Teks : Win

Friday, October 23, 2009

Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang Persekolahan Ugama Tahun 1429H / 2008M


.
14 Oktober 2009 - Seramai 169 orang pelajar Sekolah-sekolah Arab dan juga Sekolah-sekolah Ugama telah menerima penghargaan berbentuk hadiah dan sijil Pelajar Cemerlang Persekolahan Ugama bagi sesi tahun 2008 bertempat di Pusat persidangan Antarabangsa, Berakas.
.

.
Majlis penyampaian hadiah pelajar cemerlang ini telah diungkayahkan oleh Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan merupakan satu pengiktirafan atas usaha gigih para pelajar dalam bidang pembelajaran yang mana ianya sudah tentu akan menjadi dorongan bagi para pelajar untuk terus berusaha demi mencapai kecemerlangan dimasa akan datang.
.

.
Majlis pada hari tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Timbalan Pengarah Jabatan Pengajian Islam, Yang Mulia Ustazah Dyg Hjh Fatimah Binti Hj Abd Ghani.
.

.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan dari Tetamu Kehormat Majlis,Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pangarah Dato Paduka Haji Othman, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama. Yang Berhormat Pehin dalam ucapannya telah merakamkan ucapan tahniah kepada Jabatan Pengajian Islam kerana menjadikan majlis ini sebagai projek tahunan jabatan berkenaan dalam usaha untuk mendorong pelajar untuk bersaing secara sihat bagi mendapatkan kedudukan sebagai pelajar cemerlang. Persaingan dalam pelajaran adalah sikap yang sangat positif yang patut ada pada diri setiap pelajar, jelasnya.
.

.
Persekolahan agama memberikan pengetahuan mengenai ilmu agama dan melatih kanak-kanak dan pelajar untuk mengamalkan ajaran agama yang akhirnya menjadikan mereka hamba Allah yang baik serta taat beragama.Adunan empat pihak iaitu pelajar, guru, ibu bapa dan pihak pentadbiran memainkan peranan besar dalam melahirkan pelajar cemerlang yang dihasratkan, ujarnya. Yang Berhormat Pehin juga berharap kejayaan pelajar berkenaan akan menjadi pendorong kerjasama di antara ibu bapa, guru dan pihak sekolah di masa akan datang.
.

.
Seramai 8 orang pelajar dari SUAMPRIPAD telah menerima penghargaan dalam majlis tersebut antaranya; Dyg Khairunnajihah binti Haji Ahim, Dyg Norhafizah binti Haji Md. Sofian, Dyg Najihah Afifah binti Haji Md. Hamzidi, Dyg Elia Ajeeratul Marhain @ Ajeerah binti Umar, Dyg Nor 'Aziqah binti Haji Abdul Aziz, Dyg Nur Zulfah 'Atiqah binti Haji Noraziman, Dyg Siti Nursabrina Zahirah binti Abdullah @ Pengiran Kahar dan Dyg Siti Nur'ainuna Mahirah binti Haji Wahid.
.

.
Selain itu, seramai 7 orang bekas pelajar SUAMPRIPAD juga telah menerima penghargaan yang sama atas kejayaan mereka semasa sesi pembelajaran tahun 2008 yang lalu yang antara mereka adalah Dyg Hanina binti Haji Talip, Dyg Nur'atiqah binti Hj. Abu Bakar,Dyg Hazimah binti Baha, Dyg Diyanah binti Haji Awang Mohd. Norsah dan lain-lain.
.

.
Majlis pada hari tersebut turut diserikan dengan persembahan Tausyeh dan Hadrah yang mana persembahan hadrah tersebut telah dilakukan oleh Kumpulan Hadrah Asy-Syams dari SUAMPRIPAD.
.

.
Dalam kesempatan ini, pihak sekolah dengan berbesar hati ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para penerima hadiah dan sijil atas usaha gigih yang dipamerkan dalam bidang pelajaran dan semoga ianya akan terus berkekalan sehingga mencapai kejayaan lain dimasa akan datang.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

Sunday, October 18, 2009

Majlis Perpisahan Bagi Guru-Guru Yang Berpindah


.
6 Oktober 2009 - Satu majlis perpisahan telahpun diadakan di dewan besar sekolah bagi menghargai jasa yang telah dicurahkan oleh beberapa orang warga SUAMPRIPAD yang berpindah bagi meneruskan perkhidmatan di tempat lain.
.

.
Antara pegawai yang hadir bagi diraikan adalah Ustaz Hj Mohd Hisham Bin Hj Maidin, Cikgu Hj Sufri Bin Amit dan Cikgu Dk Musharafah Bte Pg Hj Kamaruddin.
.

.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Cikgu Pg Haddy Sofian Bin Pg Amran dan seterusnya ucapan dari Pengetua sekolah.
.

.
Bagi menyerikan lagi majlis pada hari tersebut, beberapa persembahan seperti nasyid, hadrah dan juga puisi telah dijalankan yang dilakukan oleh para pelajar dan juga guru.
.

.
Majlis juga diselitkan dengan upacara penyampaian cenderamata penghargaan kepada para penerima yang disempurnakan oleh Puan Pengetua, Ustazah Dyg Hjh Sarimah Bte Awg Hj Ahmad.
.

.
Dalam kesempatan ini, seluruh warga SUAMPRIPAD ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pegawai dan kakitangan yang diraikan dan semoga segala jasa bakti yang dicurahkan sepanjang berkhidmat di SUAMPRIPAD dibalas dengan ganjaran yang setimpal dari Allah SAW.
.

..
.


Wednesday, October 14, 2009

SMALHB Anjur Majlis Memperingati 50 Tahun Perlembagaan Brunei 1959


.
5 Oktober 2009 - Bagi meraikan ulangtahun ke-50 tahun Perlembagaan Bertulis Brunei yang telah termaktub pada tanggal 29 September 1959 yang lalu, SMALHB telah membuat satu inisiatif untuk mengungkayahkan satu majlis sambutan bagi sama-sama memperingati peristiwa bersejarah tersebut.
.

.
Majlis yang diadakan di dewan SMALHB itu telah dihadiri oleh Pemangku Pengarah JPI, Yang Mulia Ustaz Hj Ismail Hj Manap, Timbalan Pengarah JPI, Yang Mulia Ustazah Hjh Fatimah Hj Abd Ghani, serta pegawai-pegawai kanan lainnya. Majlis juga turut dihadiri oleh para pelajar dari SUAMPRIPAD, Mahad Islam Brunei, Sekolah Persediaan Arab BSB, Sekolah Persediaan Arab Jerudong dan juga para pelajar dari Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
.

.
Majlis pada hari tersebut telah dimeriahkan dengan berbagai persembahan seperti Tausyeh, Hadrah, Puisidra dan sebagainya. Selain acara-acara keagamaan, sambutan tersebut juga dilengkapi dengan pameran-pameran dari beberapa buah sekolah Arab dan juga ITQSHHB.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.


Wednesday, October 7, 2009

Sambutan Hari Raya Aidilfitri


.
3 Oktober 2009 - Berakhirnya cuti persekolahan penggal ke-3 tidak bererti sambutan hari raya aidilfitri tidak dapat diteruskan bagi kebanyakkan umat islam dan ini termasuklah warga SUAMPRIPAD yang ketika ini sepertinya masih kelihatan bersemangat merayakan kedatangan bulan Syawal yang dinanti-nantikan setiap tahun selepas bersungguh-sungguh menunaikan rukun islam ketiga sepanjang bulan Ramadhan.
.

.
Oleh yang demikian, pihak sekolah telah memberi peluang kepada para pelajar untuk mengadakan sambutan hari raya aidilfitri di kelas-kelas agar para pelajar dapat berkongsi kegembiraan bersama sahabat handai dan juga para guru.
.

.
Suasana disekolah pada hari tersebut begitu meriah sekali dengan para pelajar mengenakan pakaian yang berwarna-warni disamping menghidangan berbagai juadah dan kuih-muih untuk dinikmati bersama-sama.
.

.
Sambutan seperti ini juga memberi peluang untuk saling bermaaf-maafan sesama pelajar dan juga guru yang mana ianya setentunya telah mengukuhkan lagi silaturahmi, perpaduan dan juga keharmonian warga sekolah.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.
\
.
.

.
.

.
.


.
.


.
.

.
.


Sunday, October 4, 2009

Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan (Peringkat Akhir)

1 Oktober 2009 - Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan (Peringkat Akhir) Bagi Tahun 1430H/2009M telah pun berakhir dengan tempat pertama bagi kategori lelaki dijuarai oleh Ak Md Amirul Aiman Pg Hj Marjuki, manakala bagi kategori perempuan pula, juara disandang oleh
Dyg Nor Azriah Hj Abd Aziz, pelajar Thanawi 5 Abyadh SUAMPRIPAD.
.

.
Pertandingan yang berlangsung di dewan Digadong ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan,Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan hadir selaku Tetamu Kehormat majlis adalah Yang Berhormat Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Ahmad bin Haji Jumat.
.

.
Menurut ucapaan Yang Berhormat Tetamu Kehormat majlis, pertandingan yang diadakan merupakan salah satu langkah bagi mengalakkan para belia untuk aktif membaca Al-Quran disamping menjadikan mereka para belia yang soleh, berqualiti tinggi serta memiliki nilai yang terpuji. Antara objektif pertandingan tersebut diadakan adalah sebagai satu platfom bagi para belia untuk menjadi wakil Brunei dalam Pertandiangan Musabaqah Al-Quran Belia Asia Tenggara disamping mengalakkan setiakawan menerusi aktibiti keagamaan dan juga meningkatkan qualiti bacaan Al-Quran dikalangan belia.
.

.
Sebanyak 10 hakim telah dilantik untuk menilai 7 peserta akhir yang terdiri dari 4 Qari dan 3 Qariah. Antara aspek yang dinilai adalah bacaan Tajwid, fashahah , vokal dan intonasi. Kedua-dua juara pertandingan telah membawa pulang Piala Kejuaraan dan wang tunai sebanyak BND2000 ringgit.
.

.
Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Dyg Nor Azriah Hj Abd Aziz atas kemenangan beliau dalam pertandingan ini dan semoga ianya menjadi dorongan dan inspirasi bagi pelajar lain untuk menjadi lebih aktif dalam bidang bacaan Al-Quran. Pihak sekolah juga tidak lupa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustaz Awg Zul Izzi Awg Tengah atas sumbangan beliau dalam melatih dan mempersiapkan para pelajar khususnya Dyg Nor Azriah sehingga dapat meraih kejayaan yang begitu membanggakan dan semoga Allah S.W.T memberi balasan ganjaran pahala atas usaha ikhlas yang diberikan.

Saturday, October 3, 2009

Majlis Sembahyang Hajat & Membaca Surah Yassin

.
1 Oktober 2009 - Unit Rohani SUAMPRIPAD sekali lagi telah mengungkayahkan satu majlis sembahyang hajat bagi para pelajar Thanawi 3 yang akan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Bawah dan juga para pelajar Tahun 8 yang akan menghadapi peperiksaan Penilaian Kemajuan Pelajar (PKP) tidak lama lagi.
.
.
Selain para pelajar dan juga guru, majlis juga dihadiri oleh ahli jawatankuasa PIBG dan juga para ibubapa pelajar yang terlibat.
.
.
Majlis dimulakan dengan mendirikan sembahyang hajat berjemaah dan seterusnya bacaan surah Yassin yang diketuai oleh Ustaz Haji Ibrahim Hj Sahat.
.
.
Selain berusaha dengan mengulangkaji pelajaran dengan sempurna, para pelajar juga digesa untuk memperbanyakkan ibadah serta doa agar mereka dapat menghadapi cabaran peperiksaan dengan tenang dan seterusnya mencapai kejayaan yang diimpikan. Insya Allah.
.