Tuesday, September 29, 2009

MAKLUMAN TERKINI

Dengan ini, adalah dimaklumkan kepada seluruh pelajar Thanawi 5 SUAMPRIPAD bahawa sesi persekolahan bagi penggal ke-4 akan berjalan seperti sediakala.

Oleh yang demikian, semua pelajar Thanawi 5 adalah diwajibkan untuk hadir ke sekolah seperti biasa bermula pada 30hb September 2009, manakala waktu pembelajaran akan berjalan seperti biasa iaitu bermula pada 7.30 pagi hingga 3.30 petang.

Diharap para pelajar untuk mengambil maklum tentang perkara ini dan sebarang perubahan akan maklumkan kemudian. Sekian. Terima Kasih.

Monday, September 28, 2009

Pembukaan Sesi Persekolahan Penggal Ke-4

Align Center.
28 September 2009 - Sudah menjadi kelaziman bagi warga SUAMPRIPAD untuk memulakan sesi persekolahan dengan bacaan surah Yassin sepertimana yang telah dijalankan pada masa-masa yang lalu.
.

.
Sesi persekolahan penggal ke-4 ini juga adalah tidak terkecuali dengan kebiasaan sedemikian dimana majlis pada pagi tadi telah dihadiri oleh seluruh warga sekolah.
.

.
Bacaan surah Yassin dan doa dalam majlis tersebut telah diketuai oleh Ustaz Awg Mohd Zul Izzi Awg Tengah.
.

.
Setelah bacaan surah, majlis diteruskan dengan ucapan dari Pemangku Pengetua yang mana telah menasihatkan para pelajar untuk meningkatkan usaha bagi menghadapi musim peperiksaan yang akan datang.
.

Wednesday, September 16, 2009

Majlis Khatam Al-Quran


.

12 September 2009 - Satu majlis khatam Al-Quran sempena bulan Ramadhan telah pun diadakan bagi menandakan berakhirnya sesi persekolahan penggal ketiga tahun ini.

.

.

Majlis yang dikendalikan bersama oleh Jabatan Al-Quran, Jabatan Amali, Jabatan Mawadiniyah I dan II serta Unit Rohani ini juga adalah merupakan salah satu aktibiti bagi program Ihya Ramadhan yang telah giat dijalankan disekolah sepanjang bulan ramadhan.

.

.

Majlis tersebut telah dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Pemangku Timbalan Pengetua Pentadbiran, Ustazah Hjh Norlina Hj Untung.

.

.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan surah-surah dan seterusnya bacaan tahlil oleh para pelajar dan juga guru. Doa khatam telah dibacakan oleh Dyg Nur Syazwani binti Haji Rosaimi dari Tahun 8, manakala doa tahlil telah dibacakan oleh Ustaz Ali Moustafa.

.

.

Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan ucapan daripada Pemangku Timbalan Pengetua Pentadbiran yang mana juga telah berkesudian menyampaikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim dan bagi mereka yang memerlukan.

.

.

Majlis diakhiri dengan sesi bersalam-salaman antara pelajar dan juga guru.

.

.
.

.

Wednesday, September 9, 2009

Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur’an Peringkat Negara Tahun 1430H


.
6 September 2009 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur'an Peringkat Negara yang diadakan di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Majlis sambutan pada tahun ini adalah bertemakan "Kedewasaan Bernegara Dengan Zikir" yang dikendalikan bersama oleh Kememterian Hal Ehwal Ugama dan Jabatan Laut Kementerian Perhubungan.
.

.
Keberangkatan baginda telah dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd. Zain bin Haji Serudin, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam 1430 Hijrah dan juga Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Tahun 1430 Hijrah.
.

.
Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bokiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah. Juga berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ’Abdul ’Azim, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ’Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ’Abdul Mateen..
.

.
Majlis pada malam tersebut telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Faatihah yang dipimpin oleh Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
.

.
Majlis kemudiannya disusuli dengan ucapan sembah alu-aluan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd. Zain bin Haji Serudin .
.

.
Setelah itu, Kebawah DYMM berkenan mengurniakan titah yang antara lain menegaskan agar pendidikan agama di negara ini perlu mantap dan menyerlah di dalam kehidupan. Ke arah tujuan itu, baginda menegaskan bahawa ianya bukan lagi satu pilihan, tetapi adalah kemestian. Baginda juga yakin bahawa rakyat Negara Brunei Darussalam adalah layak dan mampu untuk menjadi bangsa yang celik Al-Qur’an dan agama tanpa merasa bimbang akan adanya pihak-pihak yang tercicir sekiranya pendidikan agama diutamakan.
.

.
KDYMM kemudiannya berkenan melancarkan ‘Mushaf Brunei Darussalam dan Terjemahannya’ jilid pertama iaitu juz 1 – 3 dan seterusnya mengepalai melaungkan takbir sebanyak 3 kali.
.

.
Majlis sambutan pada malam tersebut turut diserikan dengan ceramah khas oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Yang Mulia Pengiran Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar dan seterusnya pengumuman keputusan Pertandingan Menghafaz Ayat-ayat Suci Al-Qur'an Berserta Pemahaman Peringkat Negara sempena Sambutan Nuzul Al-Qur'an Tahun 1430 Peringkat Negara yang disembahkan oleh Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Md. Salleh selaku Pengerusi Jemaah Hakim.
.

.
Setelah menyaksikan persembahan hafazan berserta pemahaman dari johan-johan pertandingan, KDYMM kemudiannya berkenan menyempurnakan penganugerahan hadiah-hadiah kepada para pemenang yang mana pertandingan tersebut telah sempurna dilangsungkan pada 14 Ramadan 1430H bersamaan 3 September 2009M yang lalu. Pertandingan ini adalah merupakan salah satu projek tahunan KHEU bagi menyemarakkan Hari-Hari Kebesaran Islam dan ia merupakan pengisian dalam aturcara Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara yang diadakan setiap tahun. Antara tujuan pertandingan ini diadakan adalah bagi menggalakkan umat Islam di negara ini terutamanya kanak-kanak, murid-murid dan remaja untuk berjinak-jinak mencintai Al-Quran, membolehkan membaca dan memahami Al-Quran dengan sempurna tanpa melihat kitab suci Al-Quran, menjadikan budaya membaca sebagai satu kebiasaan dan amalan harian serta bagi menambahkan lagi golongan penghafaz-penghafaz Al-Quran di negara ini, di samping untuk mendapatkan pahala dan ganjaran dari Allah Subhanahu Wata'ala.
.

.
Awg Mohammad Jaffnie bin Mohamed Shalehudeen muncul sebagai johan Kategori A setelah berkongsi mata dengan pemenang tempat kedua Dyg Nur ‘Alia Syazwani binti Haji Maidin yang memungut mata 98.88 peratus, manakala Awg Muhammad Aiman Hakim bin Zulkiflee memperolehi tempat ketiga dengan memperolehi 94.67 peratus. Para peserta Kategori A adalah bagi yang berumur sepuluh tahun ke bawah dan telah menghafaz Surah Al-Buruuj, Surah Ath-Thariq, Surah Al-A’laa, Surah Al-Ghasyiyah, Surah Al-Fajr, Surah Al-Balad, Surah As-Syams dan ayat-ayat lazim bermula dari Surah Ad-Dhuha hingga Surah Al-Quraisy berserta pemahaman Surah Al-Ghasyiyah.
.

.
Johan Kategori B adalah Dyg Nurhamizah binti Jasni dengan pungutan mata 98.54 peratus manakala Naib Johan disandang pula disandang oleh Dyg Lina Musfirah binti Haji Abdul Wahab dengan 94.68 peratus. Tempat ketiga jatuh kepada Awg Ahmad Rusydi bin Haji Mohd. Salleh dengan 93.37 peratus. Bagi Kategori B, para peserta perlu berumur sepuluh hingga 15 dan menghafaz Surah As-Sajdah, Surah Yaasin, Surah Ad-Dukhan, Surah Ar-Rahman, Surah Al-Waqi’ah, Surah Al-Jumua’ah, Surah Al-Mulk, Surah Al-Insaan berserta pemahaman Surah Ar-Rahman.
.

.
Bagi Kategori C pula, para peserta dikehendaki menghafaz daripada juz 1 hingga juz 13 berserta pemahaman juz 3 dan terbuka kepada semua peringkat umur. Juara bagi kategori ini telah disandang oleh Dyg Aqilah binti Haji Ayop dengan memperolehi peratusan markah 98.32. Pemenang kedua diraih oleh Awg Muhammad Abu Hurairah bin Ariffin yang memperolehi markah 95.05, dan tempat ketiga disandang oleh Dyg Siti Noor Aniza binti Yusof dengan markah 92.28 peratus. Bagi Kategori D pula, juara disandang oleh Awangku Khairul Ikhwan bin Pengiran Alit yang mencatatkan markah 94.56 peratus, disusuli oleh Awg Muhd. Khairul Anuar bin Haji Ahmad ditempat kedua dengan markah 94.04 peratus dan Mohammad Fikri bin Haji Sharbini dengan markah 80.12 peratus. Para peserta di kategori berkenaan dikehendaki menghafaz 28 juz Al-Qur'an iaitu daripada juz 1 hingga juz 28 berserta pemahaman juz 15 dan juga terbuka kepada semua peringkat umur.
.

.
Bagi Kategori Negara Anggota MABIMS pula, johan disandang oleh peserta dari Malaysia, Awang Abdul Hadi bin Mat Sidi yang memperolehi markah 90.05 peratus. Awang Abdul Hadi pernah mewakili Negeri Terengganu dalam Majlis Menghafaz Al-Qur'an Peringkat Kebangsaan dan seterusnya memenangi tempat keenam pada tahun ini. Selain itu, beliau juga pernah menyertai Majlis Menghafaz Al-Qur'an Peringkat Negeri Terengganu pada tahun 2004 dan 2008.
.

.
Naib johan pula disandang oleh peserta dari Negara Brunei Darussalam iaitu Awang Yusairi bin Asbol dengan memperolehi markah 83.5 peratus.Manakala pemenang ketiga ialah peserta dari Republik Indonesia, Neneng Juju Jubaidah dengan memperolehi markah 75 peratus dan seterusnya pemenang keempat, peserta dari Republik Singapura, Awang Muhammad Zahil Fadzuli Zakaria.
.

.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
.

.
Dalam kesempatan ini, seluruh warga SUAMPRIPAD ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dayang Nurhamizah binti Jasni (Thanawi 4 Ahmar) dan Dayang Lina Musfirah binti Haji Abdul Wahab (Thanawi 3 Akhdar) atas kejayaan yang mereka perolehi dalam pertandingan tersebut dan semoga ianya menjadi suntikan semangat bagi pelajar lain untuk lebih berusaha demi mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang yang diceburi.
.
...

(sumber gambar dari Jabatan Penerangan :http://www.infofoto.org.bn/)

Sunday, September 6, 2009

Bengkel Peta Minda & Ceramah Motivasi


.
3 September 2009 - Seramai 70 orang pelajar daripada Tahun 7 hingga Thanawi 4 telah menghadiri program Bengkel Peta Minda serta Ceramah Motivasi yang telah dijalankan di surau SUAMPRIPAD.
.

.
Program ini bertujuan bagi meningkatkan keyakinan para peserta dan seterusnya membantu mereka mempersiapkan diri bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun dan juga Penilaian Menengah Bawah (PMB) yang akan berlangsung tidak lama lagi. Program tersebut telah dikendalikan oleh Bahagian Akademik sekolah yang diketuai oleh Timbalan Pengetua Akademik, Ustaz Matudin Hj Tahir.
.

.
Peta minda adalah satu teknik dan kaedah pembelajaran yang berkesan bagi mencatat dan seterusnya mengingat nota pelajaran bagi para pelajar. Peta minda yang efektif biasanya akan mengandungi fakta-fakta penting yang dilengkapi dengan penggunaan gambar, warna dan hubungkait yang akan menjadikannya lebih mudah untuk diingati dengan hanya membaca sekali lalu sahaja.
.

.
Program pendidikan pada hari tersebut juga telah diselajurkan dengan ceramah motivasi yang bertajuk 'Strategi Peperiksaan' yang telah disampaikan oleh Cikgu Hj Mohd Nadzri Radhi bin Hj Nali dari Unit Bimbingan & Kaunseling.

Thursday, September 3, 2009

Majlis Tahlil Dan Membaca Doa Arwah


.
1 September 2009 - SUAMPRIPAD telah mengendalikan satu majlis bertahlil dan doa arwah sempena bulan ramadhan yang telah dihadiri oleh para pelajar asrama, guru-guru serta pegawai-pegawai dari Jabatan Pengajian Islam.
.

.
Antara yang hadir ke majlis tersebut adalah Pemangku Pengarah JPI, Yang Mulia Ustaz Hj Ismail Hj Manap, Timbalan Pengarah JPI, Yang Mulia Ustazah Hjh Fatimah Hj Abd Ghani, berserta pegawai-pegawai kanan lainnya.
.

.
Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa arwah yang dipimpin oleh Ustaz Hj Mohd Hisham Bin Hj Maidin.
.

.
Setelah berbuka puasa, majlis kemudiannya diteruskan dengan sembahyang fardhu maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Matudin Hj Tahir dan kemudiannya sembahyang fardhu isyak yang telah diimamkan oleh Ustaz Hj Ibrahim Hj Sahat. Para hadirin juga telah berkesempatan untuk mendirikan sembahyang sunat terawih & witir yang mana telah diimamkan oleh Ustaz Awg Mohd Zul'izzi Awg Tengah dan Ustaz Ali Mohamed Moustafa.
.

.
.

.
.

Tuesday, September 1, 2009

Majlis Bertadarus Di Istana Nurul Iman


.
31 Ogos 2009 - Suasana ketika guru-guru lelaki SUAMPRIPAD menghadiri majlis bertadarus di Istana Nurul Iman. Sebelumnya, para hadirin sempat mendirikan sembahyang fardhu Isyak dan sembahyang sunat terawih yang diimamkan oleh Ustaz Ali Moustafa.
.

,
,

.
.
.