Tuesday, June 30, 2009

Majlis Perpisahan Bagi Guru Dan Kakitangan SUAMPRIPAD



30 Jun 2009 - Bagi menghargai khidmat jasa 3 orang warga sekolah yang akan berpindah dan menamatkan perkhidmatan mereka di SUAMPRIPAD, satu majlis perpisahan telahpun diadakan di dewan besar yang dihadiri oleh semua pegawai, guru serta kakitangan bertugas.
.
.
Majlis pada hari tersebut dimulakan terlebih dahulu dengan bacaan surah Yasin bagi memberkati pembukaan sesi persekolahan penggal ketiga bagi tahun 2009. Bacaan tersebut telahpun dipimpin oleh Cikgu Fahrurazi bin Hj Matali, salah seorang guru pelatih di SUAMPRIPAD.
.
.
Selesai bacaan surah Yasin, majlis kemudiannya diselajurkan dengan bacaan doa bagi menghindari wabak Influenza A H1N1 yang dibacakan oleh Ketua Unit Rohani, Cikgu Hj Sufri Bin Amit.
.
.
Aturcara majlis perpisahan tersebut kemudiannya diteruskan lagi dengan ucapan penghargaan dari Puan Pemangku Pengetua, Ustazah Dyg Hjh Sarimah Bte Awg Hj Ahmad.
.
.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan daripada salah seorang warga sekolah yang diraikan iaitu Ustazah Istianah Bte Hj Saifuddin yang mana telah mula bertugas di SUAMPRIPAD sejak tahun 1993 sebagai tenaga pengajar matapelajaran Al-Quran.
.
.
Selain beliau, majlis tersebut juga adalah untuk menghargai jasa bakti Dyg Hjh Ahmidah Bte Abd Ghani yang telah berkhidmat di SUAMPRIPAD sebagai Pegawai Asrama sejak tahun 2001 dan juga Dyg Hjh Jannah Bte Hj Tinggal yang bertugas sebagai tukang masak di SUAMPRIPAD sejak tahun 1992.
.
.
Sebelum majlis bersurai, pihak sekolah telah mengambil kesempatan untuk menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada para ahli jawatankuasa Hari Silaturahmi SUAMPRIPAD - Nur Islam yang telah berlangsung baru-baru ini.
.
.
Dalam kesempatan ini, pihak sekolah tidak lupa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustazah Istianah Bte Hj Saifuddin, Dyg Hjh Ahmidah Bte Abd Ghani dan juga Dyg Hjh Jannah Bte Hj Tinggal atas jasa bakti yang dicurahkan semasa bertugas di SUAMPRIPAD dan semoga Allah memberkati dan membalas jasa mereka dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sunday, June 28, 2009

MAKLUMAN

Sebagai langkah untuk mencegah penyebaran penyakit influenza A (H1N1) yang melanda rantau ini, maka adalah dimaklumkan kepada semua penuntut SUAMPRIPAD bahawa cuti sekolah adalah dengan ini disambung lagi selama SATU minggu. Oleh yang demikian, para penuntut adalah dikehendaki hadir kembali ke sekolah
.
Pada: Hari Isnin, 6hb Julai 2009M bersamaan dengan 13 Rejab 1430H
.
Sehubungan dengan itu juga, semua pegawai dan guru-guru adalah dikehendaki hadir bertugas seperti biasa bermula
.
Pada: Hari Isnin, 29hb Jun 2009M bersamaan dengan 6hb Rejab 1430H


TERKINI

Dimaklumkan kepada semua penuntut-penuntut SUAMPRIPAD bahawa Peperiksaan Setengah Tahun bagi Tahun 7, 8 & Tingkatan 4 dan Peperiksaan Kelayakan PMB, SPU & O Level bagi Tingkatan 3 & 5 untuk Tahun 2009M/1430H akan diadakan

Pada: Hari Isnin, 6hb Julai 2009M

Manakala, Penuntut Tingkatan 4 & 5 yang mana peperiksaan mereka yang akan diadakan

Pada: Hari Sabtu, 4hb Julai 2009

akan diganjakan kebelakang iaitu

Bagi Tingkatan 4 akan diadakan

Pada: Hari Rabu, 22hb Julai 2009.

Bagi Tingkatan 5 akan diadakan

Pada: Hari Khamis, 23hb Julai 2009

Sekian. Harap Maklum.
.
.
.
Maklumat Mengenai Influenza A (H1N1)
(sumber dari leaflet Kementerian Kesihatan )
.
1. Apakah Influenza A (H1N1)?
.
Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit pernafasan yang berlaku di kalangan khinzir. Virus Influenza A (H1N1) boleh merebak antara khinzir sepanjang tahun tetapi ianya selalu berlaku ketika akhir musim luruh dan musim sejuk sama seperti wabak selesema manusia. Ianya menyebabkan kadar penyakit yang tinggi tetapi paras kematian rendah di kalangan khinzir.
.
2. Adakah Influenza A (H1N1) ini menjejaskan manusia?
.
Virus Influenza A (H1N1) yang menyebabkan penyakit di kalangan khinzir ini jarang sekali menjangkiti manusia. Walau bagaimanapun, jangkitan terhadap manusia pernah berlaku melalui pendedahan secara langsung dengan khinzir, tetapi terdapat juga kes yang dicatatkan yang jangkitan Influenza A (H1N1) boleh berlaku di antara manusia ke manusia.
.
3. Bagaimana Influenza A (H1N1) menjangkiti kepada manusia?
.
Influenza A (H1N1) menjangkiti manusia secara sentuhan dengan khinzir yang telah dijangkiti, dimana khinzir tersebut menghasilkan virus di dalam air liur, cecair hidung dan najis. Jangkitan dari manusia ke manusia yang terhad juga berlaku sama seperti flu biasa.
.
4. Dapatkah manusia menjangkiti Influenza A (H1N1) melalui memakan daging khinzir?
.
Sejauh ini belum ada bukti yang menjelaskan bahawa Influenza A (H1N1) boleh menjangkiti kepada manusia melalui memakan daging khinzir atau produknya yang sudah dimasak dengan sempurna.
.
5. Apakah simptom-simptom Influenza A (H1N1) dikalangan manusia?
.
Simptom Influenza A (H1N1) adalah serupa dengan simptom flu biasa yang berlaku dikalangan
manusia secara bermusim. Simptom-simptom awal termasuk demam panas, batuk, selesema, sakit tekak,dan kadang kala sesak nafas beberapa hari kemudian.
.
6. Bagaimana Influenza A (H1N1) di kalangan manusia dikenalpasti?
.
Untuk mengenal pasti Influenza A (H1N1) , specimen cecair pernafasan (selalunya dari rongga hidung) diambil dalam masa 4 ke 5 hari semasa demam (waktu dimana orang yang dijangkiti menghasilkan virus). Walau bagaimanapun, sesetengah orang, terutama kanak-kanak, akan menghasilkan virus dalam masa 10 hari atau lebih.
.
7. Apakah jenis ubat yang dapat merawat Influenza A (H1N1) di kalangan manusia?
.
Virus Influenza A (H1N1) yang telah dikenalpasti dikalangan manusia mempunyai rintangan (‘resistance’) terhadap dua jenis ubat flu iaitu amantadine dan rimantadine. Walau bagaimanapun ia boleh dirawat dengan dua ubat yang terdapat di Negara Brunei
Darussalam, iaitu oseltamivir (Tamiflu) dan zanamivir (Relenza).
.
8. Adakah terdapat kes Influenza A (H1N1) di Negara Brunei Darussalam?
.
* Setakat ini, sebanyak 25 kes telah dikenal pasti. (Jumlah ini adalah berdasarkan laporan berita pada tarikh 28 Jun 2009 )
.
9. Negara Brunei Darussalam tidak mempunyai ladang khinzir. Adakah itu bermakna kita tidak
akan terjejas?
.
Wabak di Mexico dan di Amerika Syarikat telah menunjukkan bahawa jangkitan di kalangan manusia telah berlaku dan kebanyakkan kes adalah terdiri daripada mereka yang TIDAK terdedah melalui sentuhan dengan khinzir. Oleh itu, ada kemungkinan yang virus berkenaan boleh memasuki Negara Brunei Darussalam melalui pengembara/pengunjung ke
Negara ini. Kementerian Kesihatan sentiasa memantau situasi dengan rapi dan akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai sebarang perkembangan baru.
.
10. Apakah langkah - langkah Kementerian Kesihatan bagi memastikan wabak tersebut
tidak merebak ke Negara ini?
.
Kementerian Kesihatan sentiasa memastikan sistem pengawasan penyakit yang teratur
dan komprehensif bagi pengesanan awal kes influenza baru seperti Influenza A (H1N1) di
kalangan manusia. Selain itu, ke semua hospital-hospital dan pusat-pusat kesihatan adalah dalam keadaan bersiap siaga bagi sebarang kes yang disyaki. Apabila perlu, Kementerian Kesihatan akan meningkatkan langkah-langkah kesihatan awam seperti menjalankan kuarantin dan mengeluarkan nasihat-nasihat kesihatan kepada orang ramai. Pemeriksaan suhu badan bagi semua pengembara diteruskan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dan juga pos kawalan serta mengisikan Borang Deklarasi Kesihatan bagi semua penumpang sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dan pos kawalan.
.
11. Adakah selamat untuk mengunjungi negaranegara yang mempunyai kes Influenza A
(H1N1) dan adakah saya akan dikuarantin sebaik sahaja pulang? Apakah langkah-langkah
pencegahan yang perlu diambil oleh mereka yang membuat perjalanan?
.
Buat masa ini tidak ada sebarang tegahan atau nasihat kuarantin oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia mengenai Influenza A (H1N1). Namun, Kementerian Kesihatan menasihatkan supaya
menangguhkan perjalanan ke negara-negara yang terjejas. Jika awda perlu pergi ke negara- negara berkenaan, awda perlu mengambil langkah-langkah yang dinyatakan di bawah ini
untuk mengurangkan risiko dijangkiti Influenza A (H1N1) :
.

Tuesday, June 23, 2009

Lawatan Jejak Kampong Di Daerah Temburong

.
14 Jun 2009 - Bagi sama-sama memberi sokongan kepada sektor industri perlancongan tempatan, Unit Ko-Kurikulum dengan kerjasama Unit Sukan dan Unit Hal Ehwal Pelajar SUAMPRIPAD telah mengadakan program lawatan sambil belajar ke Daerah Temburong sesuai dengan tema 'Kenali Negara Kitani' yang dipromosikan industri tersebut.
.

.
Seramai 40 orang pelajar telah menyertai lawatan tersebut sambil ditemani oleh 9 orang guru pengawas. Selain untuk mengisi masa cuti dengan aktbiti yang berfaedah, tujuan lawatan ini dijalankan adalah juga untuk mendedahkan para pelajar dengan suasana dan cara kehidupan masyarakat Temburong.
.
.
Rombongan lawatan telah bertolak dari Bandar Seri Begawan sekitar jam 3 petang dan sebaik saja sampai di Pekan Bangar, para peserta terus menuju ke Rumah Persinggahan Kerajaan untuk beristirehat.
.
.
Setelah menikmati hidangan makan malam di rumah keluarga Dyg Insyirah binti Haji Abdurajak, rombongan melakukan lawatan sambil belajar ke Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Bangar. Seperti hospital-hospital lainnya, hospital ini juga menjalankan pemeriksaan suhu badan keatas para pelawat yang datang sebagai langkah mencegah merebaknya wabak H1N1 yang melanda kebanyakkan negara pada masa ini.
.
.
Sebelum memulakan acara lawatan, rombongan terlebih dahulu diberikan taklimat yang disampaikan oleh pegawai yang bertugas.
.
.
Menurut taklimat tersebut, Hospital PIHM mula beroperasi pada tahun 1987, dan pada masa ini, ianya mempunyai 157 orang kaktitangan dan dilengkapi dengan 25 buah katil pesakit. Rombongan seterusnya dibawa melawat sekitar kawasan hospital seperti wad-wad pesakit, bilik X-ray dan sebagainya.
.
.
Lawatan pada malam itu diakhiri dengan upacara penyampaian cendaramata dari kedua belah pihak dan juga sesi bergambar ramai.
.
.
Pada hari kedua pula, rombongan memulakan sesi lawatan dengan menuju ke Taman Rekreasi Hutan Bukit Patoi bagi aktibiti mendaki bukit.
.
.
Bukit Patoi mempunyai ketinggian 310m (950kaki) diatas paras laut. Para pendaki perlu berjalan sejauh 1.6Km untuk sampai ke puncak bukit berkenaan yang mana menawarkan permandangan indah yang meliputi kawasan hutan, laut, perkampongan dan sawah-sawah negara jiran.
.
.
Setelah aktibiti mendaki bukit, rombongan meneruskan lawatan ke Kampong Bokok bagi melihat dengan lebih dekat lagi cara pembuatan kuih tradisional seperti Kuih Buah Hulu dan wajid yang diusahakan oleh ahli Majlis Perundingan Kampong Bokok (Wanita) iaitu Hjh Siti Binti Hj Misir. Para pelajar juga telah berpeluang untuk mempelajari dan mencuba sendiri untuk membuat kuih-muih tersebut.
.
.
Rombongan lawatan kemudiannya beralih ke rumah Ustazah Sarimah Bte Hj Ahmad untuk menikmati jamuan tengahari sebelum berangkat pulang menuju Bandar Seri Begawan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Wednesday, June 17, 2009

Hari Silaturahmi SUAMPRIPAD Bersama Rangkaian Nur Islam Radio Brunei (Bahagian 2)


.
11 Jun 2009 - Bagi sebelah petang pula, aturcara Hari Silaturahim SUAMPRIPAD Bersama Rangkaian Nur Islam Radio Brunei telah dimulakan dengan ucapan daripada Puan Pemangku Pengetua SUAMPRIPAD.
.
.
Acara di dalam dewan tersebut kemudiannya diteruskan dengan ucapan daripada Yang Mulia Awg Haji Ali Bin Haji Aji, Pemangku Penolong Ketua Rancangan Radio. Dalam ucapan beliau, semangat kerjasama yang ditunjukkan bagi menjayakan acara Hari Terbuka tersebut adalah menepati seruan kerajaan dalam meningkatkan perpaduan dan kerjasama diantara agensi-agensi kerajaan.
.
.
Acara kemudiannya diteruskan lagi dengan ucapan daripada Yang Mulia Awg Hj Mahrub bin Haji Murni, Pemangku Pengarah Radio Televisyen Brunei yang hadir selaku tetamu kehormat majlis. Dalam ucapan tersebut, beliau telah menekankan bahawa para penuntut atau belia adalah aset negara yang penting yang perlu mempunyai akhlak mulia bagi mencapai ke arah pembinaan masyarakat yang bertamadun tinggi dan berkualiti. Jika ini dapat dicapai, ianya sudah tentu akan menjadi pembanteras gejala sosial yang negatif yang mengancam keupayaan negara untuk membangun.
.
.
Setelah ucapan, aturcara diteruskan dengan penyampaian cenderamata dari pihak sekolah kepada tetamu kehormat majlis.
.
.
Selain persembahan pentas, majlis pada petang tersebut juga menyaksikan penyampaian cenderamata kepada para penaja, para pengulas Talian Minda silaturahmi, dan juga kepada Pembimbing Pasukan Hadrah (Asy-Syams).
.
.
Dalam kesempatan ini, pihak sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Rangkaian Nur Islam Radio Brunei khasnya, dan Radio Televisyen Brunei amnya, atas kerjasama yang diberikan dalam sama-sama menjayakan acara pada hari tersebut. Pihak sekolah juga tidak lupa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penaja serta semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan hari tersebut dan semoga Allah memberi ganjaran pahala atas usaha ikhlas abiskita semua. Amin.
.
.
.
.
.
.
.

Hari Silaturahmi SUAMPRIPAD Bersama Rangkaian Nur Islam Radio Brunei (Bahagian 1)


.
11 Jun 2009
- Berbagai acara telah dijalankan bagi memeriahkan lagi Hari Silaturahim SUAMPRIPAD Bersama Rangkaian Nur Islam Radio Brunei yang julung-julung kalinya diadakan yang mana ianya juga telah dibukakan kepada orang ramai. Disamping pameran-pameran yang dikendalikan oleh pihak tuan rumah, kawasan sekitar sekolah juga dipenuhi dengan bazaar-bazaar yang menjual berbagai jenis barang dan juga makanan bagi memeriahkan lagi suasana sekolah pada hari tersebut.
.
.
Disamping bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim diantara warga sekolah, ibu bapa dan penjaga penuntut, orang awam dan bahagian penyiaran,ianya juga bertujuan untuk memperkenalkan dan mendedahkan saluran rangkaian ini sebagai salah satu lidah kerajaan dalam menyampaikan makluman, memberikan informasi semasa, pendidikan dan seterusnya sebagai halwa pendengaran masyarakat.
.
.
Hari Silaturahim tersebut telah dimulakan dengan acara walkaton yang dikendalikan oleh Unit Sukan sekolah berkenaan. Acara yang bermula dari Taman Persiaran Damuan ini telah disertai oleh hampir 500 peserta yang terdiri dari kalangan pelajar, guru-guru dan juga para ibubapa.
.
.
Setelah acara tersebut, upacara perasmian Hari Silaturahim pun dilaksanakan sejurus setelah ucapan daripada Ustazah Dyg Hjh Sarimah Binti Awg Haji Ahmad, Pemangku Pengetua sekolah.
Acara kemudiannya diteruskan lagi dengan berbagai persembahan yang sudah diatur yang mengambil tempat di dalam dan juga di luar dewan. Para pendengar diluar juga telah berpeluang untuk mengikuti aturcara yang telah disusun memandangkan ianya telah disiarkan secara langsung menerusi Rangkaian Nur Islam Radio Brunei 93.3Fm dan juga 94.9Fm.
.
.
Antara persembahan yang telah dijalankan sepanjang hari tersebut adalah seperti persembahan Tausyeh, syarahan agama, nasyid, hadrah, lakonan, permainan, kuiz, peraduan melukis, mewarna dan fotografi,persembahan Lanang Berladu Lanang, mukun dan sebagainya yang telah dikendalikan oleh warga sekolah.
.
.
Persatuan IbuBapa Guru (PIBG) SUAMPRIPAD juga turut serta memeriahkan lagi acara pada hari tersebut dengan mengadakan persembahan syair Brunei dan juga permainan tradisional seperti 'Ulu-titan' dan `salok-salokan' yang diketuai oleh Pengerusi PIBG, Yang Berhormat Penghulu Haji Abu Bakar Mansor.
.
.
Acara yang berlangsung diluar dewan juga turut dimeriahkan lagi satu persembahan nasyid secara spontan daripada sekumpulan mahasiswi UNISSA yang hadir pada hari tersebut.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Friday, June 12, 2009

Ceramah Khas Yang Bertajuk ' Fitnah Menghancurkan Perpaduan Ummah'


.
10 Jun 2009 - Bagi memberkati lagi Majlis Hari Silaturahmi SUAMPRIPAD & Rangkaian Nur Islam Radio Brunei, Unit Kerohanian sekolah telah mengadakan majlis sembahyang fardhu maghrib dan isya' secara berjemaah yang dihadiri oleh para pegawai, guru-guru serta para pelajar asrama.
.
.
Sementara menunggu masuknya waktu bagi menyempurnakan sembahyang fardhu Isya', para hadirin meneruskan acara dengan bacaan Ratib Al-Atas.
.
.
Selesai sembahyang isya' berjemaah, tumpuan beralih ke dewan besar sekolah dimana satu ceramah khas yang bertajuk ' Fitnah menghancurkan perpaduan ummah' telah diadakan dan disiarkan secara langsung menerusi Rangkaian Nur Islam Radio Brunei 93.3Fm atau 94.7Fm.
.
.
Kedua penceramah undangan pada malam tersebut adalah merupakan warga SUAMPRIPAD sendiri iaitu Ustaz Matudin Hj Tahir dan Ustaz Hj Asri Bin Hj Abd Ghaffar manakala Ustaz Asmawandey Hj Juned telah bertindak selaku pengerusi majlis.
.
.
Majlis ceramah pada malam tersebut juga disusuli dengan sesi soal jawab dan seterusnya persembahan nasyid daripada para pelajar tahun 8.
.
.
.
.
.
.
.

Wednesday, June 10, 2009

PENGUMUMAN


Dimakluman kepada orang ramai bahawa SUAMPRIPAD akan menggadakan Hari Silaturahmi bersama dengan Rangkaian Nur Islam Radio Brunei yang akan diadakan pada 11 JUN 2009 di sekitar kawasan sekolah.
.
Berbagai jenis persembahan dan aturcara telah disediakan sepanjang Hari Silaturahmi tersebut. Orang ramai juga akan berpeluang untuk beramah mesra dengan para juruhebah RTB serta warga SUAMPRIPAD.
.
Selain daripada itu, gerai-gerai bazaar yang menyediakan pelbagai jenis barang jualan juga diadakan bagi sama-sama memeriahkan majlis tersebut.
.
Oleh yang demikian, orang ramai adalah dialu-alukan untuk hadir bagi menyaksikan dan menyertai acara-acara yang diaturkan yang akan bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.20 tgh dan pada sebelah petang, dari jam 2.00 ptg hingga 4.15 ptg.
.
.

Tuesday, June 9, 2009

Lawatan Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama


.
6 Jun 2009 - Yang Mulia Pengiran Haji Bahrom Bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama telah membuat satu lawatan kerja ke SUAMPRIPAD bagi meneliti organisasi dan juga keadaan infrastruktur sekolah ini.
.
.
Selain para pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama, lawatan tersebut juga disertai oleh Pemangku Pengarah Jabatan Pengajian Islam, Yang Mulia Ustaz Haji Ismail Bin Haji Manaf, Penolong Pengarah Jabatan Pengajian Islam, Yang Mulia Ustazah Hajah Fatimah Bte Haji Abd Ghani serta pegawai-pegawai kanan JPI lainnya.
.
.
Setelah bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Ustaz Matudin Bin Hj Tahir, sesi taklimat pengenalan sekolah pun dimulakan yang disampaikan oleh Puan Pemangku Pengetua SUAMPRIPAD.
.
.
Setelah sesi taklimat, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama yang mana dalam ucapan tersebut, beliau telah menekankan agar pendidikan A-Quran diberikan tumpuan yang khusus sejajar dengan matlamat sekolah iaitu Melaksanakan Pendidikan Al-Quran, Ilmu Fardhu Ain Dan Fardhu Kifayah Kepada Pelajar Supaya Menjadi Mukminah Yang Sejati.
.
.
Beliau juga menekankan pentingnya pendidikan ilmu Fardhu Ain, Fardu Kifayah dan juga Amali Ugama yang sempurna bagi para pelajar khususnya mengenai sembahyang fardhu 5 waktu yang setentunya akan mendekatkan diri mereka dengan Allah S.A.W.
.
.
Selain itu, beliau juga menyeru pihak sekolah agar meneruskan sokongan mereka terhadap perlaksanaan Sistem Pendidikan Negara Abad 21 yang pada masa ini sedang diterapkan diseluruh institusi pendidikan rendah dan menengah diseluruh negara.
.
.
Seterusnya, Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap KHEU meneruskan sesi lawatan dengan membuat tinjauan disekitar kawasan sekolah untuk meneliti keadaan sebahagian infrastruktur sekolah yang memerlukan proses pemuliharaan.
.
.
Sebelum berangkat pulang, beliau juga telah membuat lawatan ke Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan bagi tujuan yang sama.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Monday, June 8, 2009

Pertandingan Syarahan Agama Antara Sekolah-Sekolah Menengah Dan Maktab-maktab Senegara Peringkat Akhir Kali Ke-21


.
3 Jun 2009 - Jabatan Pendidikan KoKurikulum Kementerian Pendidikan telah menganjurkan Pertandingan Syarahan Agama Antara Sekolah-Sekolah Menengah Dan Maktab-maktab Senegara Kali Ke-21 yang mana ianya juga turut diselenggarakan oleh Sekolah Menengah Awang Semaun yang bertindak selaku tuan rumah.
.
.
Antara objektif projek tahunan ini diadakan adalah bagi memupuk para pelajar agar berani dan petah bercakap dikhalayak ramai disamping untuk mengambil manfaat daripada syarahan-syarahan yang disampaikan oleh para peserta dalam pertandingan tersebut.
.
.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis pada hari tersebut adalah Yang Mulia Hajah Hasnah Haji Omar, Pemangku Pengarah Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
.
.
Seramai 5 daripada 22 peserta lelaki telah layak ke pertandingan tersebut, manakala bagi kategori perempuan pula, seramai 5 orang peserta telah terpilih dari 24 penyertaan awal.
.
.
Antara wakil sekolah bagi kategori lelaki yang bertanding dalam peringkat akhir adalah daripada Sekolah Menengah Sayyidina Ali, SMALHB, Sekolah Menengah Awang Semaun, Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab dan juga Mahad Islam Brunei.
.
.
Bagi kategori perempuan pula adalah wakil daripada Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Masna, SUAMPRIPAD, Sekolah Menegah Awang Semaun, Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hjh Rashidah Sa'adatul Bolkiah dan juga Sekolah Menengah Sayyidina Othman.
.
.
Majlis pada hari tersebut turut diserikan dengan persembahan nasyid dan zikir dabaie oleh para pelajar Sekolah Menengah Awang Semaun.
.
.
Sebelum pengumuman dibuat, ketua hakim telah memberi ulasan bahawa pertandingan pada kali ini adalah berada ditahap yang baik, walau bagaimanapun, para peserta telah ditekankan untuk meningkatkan lagi mutu syarahan dimana interaksi dengan para hadirin adalah penting untuk menarik perhatian mereka untuk sama-sama menghayati syarahan-syarahan yang dihujahkan.
.
.
Pertandingan pada hari tersebut telah menyaksikan peserta Awg Ahmad Zulwaqar Suhaili dari SMALHB telah menjadi johan bagi kategori lelaki, diikuti oleh Mohd Afiq Roslan dari Ma'had Islam Brunei ditempat kedua dan Muhd Wazzirul Wafaudin Isa dari Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab ditempat ketiga.
.
.
Bagi kategori perempuan pula, johan disandang oleh Dyg Eis Farhana Haji Latif dari Sekolah Menengah Sayydina Othman, diikuti oleh Dyg Nur Syarfa Syazwana Ahmadyani dari Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Masna dan Dyg Nooramalina Sulaiman dari SUAMPRIPAD di tempat ketiga.
.
.
Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis dan setelah itu bacaan doa selamat oleh Ustaz Noorsahdin Haji Nordin.
.

Friday, June 5, 2009

Sambutan Hari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ke-48 Tahun



2 Jun 2009 - Sempena Hari Ulangtahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ke-48 tahun, satu Persembahan Arena telah diadakan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Brunei,Tungku, yang mana ianya telah dibukakan bagi para pelajar sekolah rendah dan juga menengah diseluruh negara.
.
.
Turut berkenaan berangkat menyaksikan acara tersebut adalah cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hariisah Widadul Bolqiah dan juga Yang Amat Mulia Pengiran Anak 'Abdul Raqiib, serta sekitar 550 pelajar Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
.
.
Tumpuan utama persembahan pada hari tersebut adalah persembahan arena dimana para angota ABDB telah mempersembahkan berbagai pertunjukkan seperti persembahan pancaragam, persembahan lagak ngeri oleh pasukan Polis Tentera Bermotorsikal, pertunjukkan helikopter, demonstrasi Skuad Tempur Khas (STK) menentang pengganas dan sebagainya.
.
.
Kedua cucunda Baginda Sultan beserta para penonton yang lain kelihatan begitu teruja melihat semua persembahan tersebut lebih-lebih lagi ketika melihat aksi terjun payung yang dilakukan beberapa angota ABDB.
.
.
Selain persembahan arena, para pelawat juga berpeluang untuk menyaksikan dengan lebih dekat lagi peralatan-peralatan yang diggunakan oleh ABDB dalam usaha untuk mempertahankan negara dari sebarang ancaman, yang juga turut dipamerkan pada hari terbuka tersebut.
.
.
Sekitar 40 orang pelajar SUAMPRIPAD telah turut sama menghadiri menyaksikan pertunjukkan tersebut yang berakhir sekitar waktu tengahari.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Wednesday, June 3, 2009

GeoRace


.
31 Mei 2009 - Jabatan Geografi dan Komputer SUAMPRIPAD telah mengadakan acara yang digelar 'GeoRace' yang mengambil tempat di Pantai Muara. Seramai lebih dari 50 orang pelajar dan juga guru telah turut sama menghadiri projek tahunan jabatan tersebut.
.
.
Antara objektif acara ini adalah untuk meningkatkan kecekapan dan kepintaran para ahli Kelab Geografi & Komputer melalui kaedah 'Bermain sambil belajar' yang diterapkan dalam perlumbaan tersebut, disamping mengeratkan lagi silaturahim dan kerjasama antara para pelajar yang terlibat.
.

.
Dalam perlumbaan GeoRace pada kali ini, seramai 14 orang ahli telah mengambil bahagian dan mereka telah dibahagikan kepada 3 kumpulan yang diberi nama Bilis, Sapat dan Terubuk. Ketiga-tiga kumpulan tersebut perlu menyelesaikan 10 cabaran yang disediakan yang ditempatkan di seluruh kawasan pantai tersebut.
.
.
Selain perlu menyelesaikan soalan-soalan teka-teki, para peserta juga diarah untuk membuat satu persembahan bebas dihadapan orang ramai yang berkelah di pantai tersebut. Para peserta juga diarah untuk mencari dan menemubual pelawat dari negara luar untuk mendapatkan pendapat mereka tentang negara ini.
.
.
Acara perlumbaan pada hari tersebut telah dimenangi oleh Kumpulan Terubuk, Kumpulan Sapat ditempat kedua dan Kumpulan Bilis ditempat ketiga. Acara pada hari tersebut telah berakhir sekitar waktu tengahari.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Monday, June 1, 2009

Pertandingan Kuiz Persahabatan


.
28 MEi 2009 - Jabatan Al-Mawad Diniyyah dengan kerjasama Jabatan Bahasa Arab SUAMPRIPAD telahpun menganjurkan satu pertandingan kuiz persahabatan diantara pelajar SUAMPRIPAD dan juga Mahad Islam Brunei yang berlangsung di dewan besar sekolah.
.

.
Hadir sebagai tetamu kehormat majlis pertandingan pada hari tersebut adalah Yang Mulia Ustazah Hajah Fatimah Bte Haji Abdul Ghani, Penolong Pengarah Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Majlis juga turut dihadiri oleh para pegawai kanan JPI lainnya, beserta dengan pegawai dan juga guru dari sekolah-sekolah arab yang lain.
.
.
Adapun objektif pertandingan persahabatan ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar supaya berani tampil kehadapan berdaya saing secara sihat, memupuk semangat berkerjasama serta mengeratkan silaturrahim diantara para pelajar dan juga guru dikedua-dua belah pihak.
.
.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan alu-aluan daripada yang Mulia Puan Pemangku Pengetua SUAMPRIPAD.
.
.
Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan ucapan dari tetamu kehormat majlis yang mana dalam ucapan beliau menekankan kepada para pelajar akan pentingnya penguasaan bahasa arab dalam memajukan lagi pencapaian ilmu ukhrawi dan juga dunawi. Beliau juga menggalakan pertandingan seperti ini diadakan lagi dimasa-masa akan datang, bukan semata-mata untuk dijadikan sebagai projek tahunan, tetapi demi kesan positif yang boleh diperolehi dari pertemuan kedua belah pihak.
.
.
Setelah ucapan, acara kuiz persahabatan pun dijalankan yang mana peserta tuan rumah diwakili oleh Dyg Siti Nur'ainuna Mahirah Bte Hj Wahid, Dyg Nur Zulfah 'Atiqah Bte Hj Noraziman dan Dyg Elia Ajeeratul Marhain Bte Umar.
.
.
Pasukan Mahad Islam Brunei pula diwakili oleh Awg Md Nur Abdul Muiz Bin Hj Noraziman, Awg Adi Adham Bin Ramlan dan juga Awg Anwar Arsyad Bin Hj Abdullah.
.
.
Majlis pertandingan pada hari tersebut juga disusuli dengan persembahan Pidato Bahasa Arab yang disampaikan oleh Dyg hamizah Bte Hj Mintir dan juga Persembahan Tausyeh oleh pasukan Lu lu' Ul Munawar yang menjadi johan Pertandingan Tausyeh 1430H/2009M baru-baru ini.
.
.
Pertandingan kuiz persahabatan pada hari tersebut telah dimenangi oleh pasukan tuan rumah dan upacara penyampaian hadiah dan juga sijil kepada peserta pertandingan telahpun disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.
.
.
Pihak tuan rumah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Mulia Ustazah Hajah Fatimah Bte Haji Abdul Ghani dan juga para jemputan lainnya diatas kesudian untuk menghadiri majlis pada hari tersebut dan juga kepada pihak Mahad Islam Brunei atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan majlis pertandingan persahabatan pada kali ini dan semoga kerjasama seperti ini akan dapat diilaksanakan lagi dimasa-masa akan datang, Insya Allah.
.
.
/
/
/
/
/
/