Saturday, May 30, 2009

Lawatan Unit PRS ke Jabatan Bomba



23 Mei 2009 - Seramai 39 orang pelajar dari Unit Pembimbing Rakan Sebaya SUAMPRIPAD telah membuat lawatan sambil belajar ke IbuPejabat Jabatan Bomba yang terletak di kawasan Lapangan Terbang Lama Berakas, sambil ditemani oleh 7 orang guru pengawas.
.
.
Adapun tujuan lawatan berkenaan dibuat adalah untuk mendedahkan para ahli PRS kepada cabaran dan tanggungjawab angota bomba dalam memberi pertolongan dan perkhidmatan kepada orang awam lebih-lebih lagi ketika berlakunya sebarang kemalangan seperti kebakaran, tanah runtuh, banjir, dan sebagainya.
.
.
Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat mengenai struktur organisasi, misi, visi dan peranan perkhidmatan bomba yang disampaikan oleh Yang Mulia S.O Norzali Bin Apong, Pegawai Balai yang merangkap sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Jabatan tersebut.
.
.
Setelah taklimat, rombongan dibawa melawat ke Unit Cawangan Bomba Wanita dimana para pelajar diberi peluang untuk mencuba peralatan-peralatan bomba yang digunakan semasa operasi dijalankan. Para pelajar juga diberi taklimat mengenai kenderaan-kenderaan bomba yang digunakan yang disampaikan oleh salah seorang ahli bomba iaitu Awg Zulhardie yang juga merupakan pengacara radio Rangkaian Pelangi.
.
.
Rombongan juga berpeluang menyaksikan demonstrasi penurunan dari bangunan tinggi menggunakan tali oleh ahli bomba yang terlatih.
.
.
Lawatan diakhiri dengan upacara penyampaian cenderahati dari kedua belah pihak. Dalam kesempatan ini, pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Bomba atas kerjasama yang diberikan sepanjang lawatan tersebut dilakukan dan semoga ianya mendatangkan faedah kepada kedua belah pihak.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.

Wednesday, May 27, 2009

Pertandingan Tausyeh Peringkat Akhir 1430H/2009M


.
22 Mei 2009 - Tausyeh merupakan salah satu keindahan seni yang dialunkan dengan lagu-lagu yang dibawakan dari sebahagian lagu-lagu Al-Quran, yang diadun dengan kata-kata pujian, munajat dan juga kisah-kisah yang menceritakan kebesaran, keagungan serta kemuliaan yang berhubungkait dengan nilai kemanusiaan, kenegaraan dan hari-hari kebesaran Islam. Ianya merupakan seni yang berasal dari negara-negara Arab dan pada masa ini semakin diminati oleh penduduk negara ini.
.
.
Oleh yang demikian, dalam usaha menyumbangkan pembentukan nilai-nilai murni yang membawa kesan yang mendalam dalam kehidupan seharian masyarakat awam, Rangkaian Nur Islam Radio Brunei telah menganjurkan Pertandingan Tausyeh yang peringkat akhirnya telah disiarkan melalui Rangkaian Nur Islam Radio Brunei sendiri dan juga rangkaian siaran RTB2 secara langsung dari Dewan Raya RTB, Bandar Seri Begawan. Selain sebagai projek tahunan, Pertandingan Tausyeh kali ke-4 ini juga adalah sempena ulangtahun ke-52 Perkhidmatan Radio Brunei dan juga sempena ulangtahun ke-12 Siaran Nur Islam Radio Brunei.
.
.
Hadir sebagai tetamu kehormat pertandingan akhir tersebut adalah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Timbalan Menteri Pendidikan, serta Yang Mulia Datin Hajah Alimah Binti Haji Mohd Taib.
.
.
Sebanyak 8 kumpulan telah berjaya memasuki peringkat akhir pada tahun ini. Antara finalis yang bertanding pada malam tersebut adalah Kumpulan Al 'Abqariyyun (SMALHB), Kumpulan Lu 'Lu 'Ul Munawwar (SUAMPRIPAD), Kumpulan Al-Muhazzibun, Kumpulan Al-Akmam, Kumpulan Syababul Ma'ahad (Mahad Islam Brunei), Kumpulan Badi'atul Jama'ah (SMALHB), Kumpulan An-Najwan serta Kumpulan Al-Helwah (UNISSA).
.
.
Pertandingan pada malam tersebut juga diserikan dengan persembahan lagu puji-pujian daripada 9 orang pengacara Rangkaian Nur Islam Radio Brunei dan juga persembahan tausyeh daripada kumpulan Syababul Ma'ahad yang pernah menjuarai pertandingan tersebut pada satu ketika dulu.
.
.
Hasil keputusan para hakim telah menetapkan bahawa Juara Bagi Kategori Lelaki telah disandang oleh Kumpulan Al 'Abqariyyun (SMALHB), manakala Kumpulan Al-Muhazzibun ditempat kedua dan kumpulan An-Najwan ditempat ketiga.
.
.
Bagi kategori perempuan pula, gelaran juara telah disandang oleh yang wakil SUAMPRIPAD iaitu Kumpulan Lu 'Lu 'Ul Munawwar, manakala Kumpulan Al-Akmam ditempat kedua dan Kumpulan Al-Helwah (UNISSA) ditempat ketiga.
.
.
Juara bagi kedua kategori telah menerima wang tunai sebanyak B$3000, naib juara B$2000 dan tempat ketiga B$1000 yang mana kesemuanya diiringi piala dan sijil penyertaan.
Piala Pusingan sumbangan tetamu kehormat pertandingan pada malam tersebut juga telah dimenangi oleh Kumpulan Lu 'Lu 'Ul Munawwar (SUAMPRIPAD).
.
.
Dalam kesempatan ini, seluruh warga SUAMPRIPAD ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada ahli Kumpulan Lu 'Lu 'Ul Munawwar yang terdiri daripada Dyg Siti Munawwarah Bte Hj Lakim, Dyg Nor Azriah Bte Hj Abdul Aziz, Dyg Hamizah Bte Hj Mintir, Dyg Wardah Bte Hj IBrahim, Dyg Siti Nor Khadijah Bte Hj Saili, Dyg Munjiah Bte Hj Jahari dan Dyg Nurul Amierah Bte Hj Saruddin atas kemenangan yang diperolehi yang mana ianya telah mengharumkan lagi nama sekolah di mata masyarakat dan semoga ianya menjadi contoh bagi pelajar-pelajar lainnya dalam usaha untuk menjadi pelajar yang cemerlang bukan saja dari segi akademik, malahan cemerlang dan aktif dalam apa jua bidang Ko-kurikulum yang diceburi.
.
.
.
.
.

.
/.

Monday, May 25, 2009

Majlis Penubuhan Persatuan IbuBapa - Guru (PIBG) SUAMPRIPAD


.
22 Mei 2009 - SUAMPRIPAD sekali lagi telah mencatat sejarah baru dengan menubuhkan Persatuan IbuBapa-Guru (PIBG) SUAMPRIPAD yang dilancarkan baru-baru ini. Majlis penubuhan persatuan tersebut telah berlangsung di dewan besar sekolah dengan dihadiri oleh para pegawai dan juga guru serta sekitar 50 orang ibubapa yang diundang.
.
.
Tujuan persatuan ini ditubuhkan adalah sebagai jambatan penghubung untuk berkerjasama rapat diantara para ibubapa dengan para guru dalam isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan disamping berkerjasama memajukan sekolah dalam berbagai aspek terutama dalam hal ehwal kemajuan pendidikan anak-anak.
.

.
Disampaing itu juga, matlamat pernubuhan persatuan ini juga adalah untuk menjadikan sekolah sebagai pusat budaya ilmu untuk membentuk masyarakat sekeliling yang bersatu padu dalam mencapai matlamat "pendidikan unutk semua" dan juga agar dapat melaksanakan sebarang aktibiti yang bersesuaian dan berkebajikan bagi semua.
.
.
Setelah ucapan alu-aluan dari Puan Pemangku Pengetua, majlis diteruskan dengan penyampaian taklimat ringkat mengenai persatuan tersebut yang disampaikan oleh Pemangku Timbalan Pengetua Pentadbiran. Majlis kemudiannya diteruskan dengan undian bagi menjawat jawatan yang tersedia dalam PIBG SUAMPRIPAD.
.

.
Hasil kiraan undian ramai, jawatan Pengerusi PIBG SUAMPRIPAD adalah disandang oleh Yang Berhormat Penghulu Haji Abu Bakar Mansor sementara jawatan Timbalan Pengerusi dijawat oleh Pemangku Timbalan Pengetua Pentadbiran, Ustazah Hjh Norlina Hj Untong.
.
.
Bagi jawatan sebagai Setiausaha PIBG SUAMPRIPAD pula, ianya dijawat oleh Timbalan Pengetua Akademik, Ustaz Matudin Hj Tahir sementara jawatan Timbalan setiausaha PIBG disandang oleh Yang Mulia Pehin Bendahari Hj Abu Bakar POKUL Dato Paduka Hj Omar.
.

.
Jawatan sebagai Bendahari dijawat oleh Ustazah Halline Hj Suhaili dan Timbalan Bendahari dijawat oleh Yang Mulia Hj Abu Bakar Hj Pungut. Selain guru-guru kanan, AJK Tertinggi PIBG SUAMPRIPAD juga terdiri dari para ibubapa iaitu Yang Mulia Pg Alim Pg Metarsat, Yang Mulia Hj Abd Aziz Hj A.A Mohd Haneefa, Yang Mulia Pg Abd Aziz Pg Hj Md Tahir, Yang Mulia Zainuddin Hj Anggas, Yang Mulia Abd Latif Hj Abdullah, Yang Mulia Hj Awg Hassan Hj Abd Hamid, Yang Mulia Hj Is'srah Hj Md Yussof dan Yang Mulia Hj Mohd Yusof Hj Koya.Para ibubapa pelajar yang lain akan dengan sendirinya menjadi ahli PIBG SUAMPRIPAD. Majlis pada hari tersebut diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Sunday, May 24, 2009

Taklimat SPN21



21 Mei 2009 - Bagi mengukuhkan lagi kefahaman para pelajar tahun 7 dan 8 SUAMPRIPAD, pihak pentadbiran telah mengadakan sesi taklimat SPN21 yang mengambil tempat di dewan besar sekolah.
.
.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Pemangku Pengetua dan juga guru kanan akademik,Ustazah Rusidah Bte Hj Talip. Talimat juga disusuli dengan sesi soal jawab agar para pelajar yang terbabit dapat menanyakan sebarang isu yang masih kurang jelas bagi mereka mengenai Sisitem Pendidikan Negara Abad 21 yang sedang diterapkan di SUAMPRIPAD.
.
.
Berbanding sistem pengajian yang lama, dengan adanya SPN21, para pelajar boleh menamatkan pembelajaran mereka di peringkat menengah dalam masa 4 tahun dengan syarat, para pelajar perlu memenuhi kriteria yang sudah ditetapkan oleh pihak pentadbiran. Jika ada pelajar yang tidak memenuhi syarat tersebut, maka dengan sendirinya pelajar tersebut akan mengikuti aliran yang lain yang akan mengambil masa 5 tahun.
.
.
.

Saturday, May 23, 2009

Majlis Perpisahan Bagi Guru - Guru Pelatih 2009


.
16 Mei 2009 -Bagi menghargai usaha serta kerjasama para guru pelatih yang telah menjalani latihan mengajar di SUAMPRIPAD selama lebih kurang 3 bulan, satu majlis penghargaan telahpun diadakan bagi meraikan mereka yang terlibat yang bertempat di Bilik Taklimat, Bangunan Al-Mas.
.
.
Seramai lebih kurang 30 orang pegawai dan juga guru telah turut sama menghadiri majlis ini. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Timbalan Pengetua Akademik dan seterusnya ucapan dari wakil guru pelatih.
.
.
Majlis juga menyaksikan penyampaian Surat Penghargaan daripada Puan Pemangku Pemangku Pengetua kepada kesemua 14 orang guru pelatih yang terlibat atas khidmat bakti yang diberikan kepada sekolah selama tempoh 3 bulan tersebut. Majlis pada hari tersebut diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
.
.
.
.
.
.
.

Monday, May 18, 2009

Lawatan Delegasi Filipina Ke SUAMPRIPAD


.
11 Mei 2009 -Seramai 26 orang delegasi dari negara Filipina telah membuat lawatan kerja ke SUAMPRIPAD bagi menghadiri sesi taklimat dan dialog dengan para pegawai daripada Jabatan Pengajian Islam serta pegawai dan juga guru SUAMPRIPAD bagi mendapatkan pendedahan keatas sistem pendidikan agama yang dilaksanakan di Brunei Darussalam.
.
.
Turut sama menyambut kedatangan para rombongan dalam sesi taklimat pada kali ini adalah Yang Mulia Ustazah Hajah Fatimah Bte Haji Abd Ghani, Penolong Pengarah Jabatan Pengajian Islam, sambil ditemani oleh Yang Mulia Ustazah Hajah Rosita Bte Haji Yahya, Ketua Bahagian Institusi Pengajian serta para pegawai JPI lainnya.
.
.
Tuan Manaros B Boransing, Setiausaha Rendah Hal Ehwal Muslim, yang bertindak selaku ketua rombongan menyatakan bahawa tujuan lawatan kerja tersebut dijalankan adalah untuk memperkukuhkan model pendidikan madrasah yang baru dilancarkan di negara Filipina, menerusi kerjasama dan pembangunan perhubungan diantara kedua buah negara dan seterusnya menggunakan sistem tersebut sebagai model yang boleh diterapkan ke dalam sistem pendidikan negara mereka.
.
.
Beliau menambah bahawa lawatan ini adalah penting bagi menjayakan perlaksanaan pengajian madrasah di Filipina yang mempunyai jutaan penduduk yang beragama islam. Beliau juga berharap agar sistem madrasah tersebut akan terus berkembang sehingga setaraf dengan sistem pengajian agama di rantau ini.
.
.
Setelah sesi taklimat, rombongan delegasi juga dibawa melawat ke sekitar kawasan sekolah seperti kelas-kelas, makmal komputer dan juga perpustakaan bagi melihat dengan lebih dekat lagi kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan di sekolah ini.
.
.
Delegasi tersebut telah berada di negara ini selama dua hari sebelum berlepas meneruskan lawatan yang sama ke Kuala Lumpur, Malaysia.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sunday, May 17, 2009

Majlis Penutup Minggu Disiplin Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Meriam Serasa


.
9 Mei 2009 - Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Meriam Serasa telah menganjurkan aktibiti yang digelar 'Minggu Disiplin' yang telah berlangsung selama beberapa hari yang menglibatkan seluruh warga sekolah tersebut. Berbagai aktibiti telah disusun bagi menjayakan minggu tersebut, antaranya ceramah keugamaan, ceramah motivasi, lawatan ke pusat kesihatan, pameran, dan sebagainya.
.
.
Sehubungan dengan itu, satu rombongan dari SUAMPRIPAD yang diketuai oleh Ustazah Sarimah Bte Hj Ahmad, Guru Kanan Hal Ehwal Pelajar berserta para ahli dan beberapa orang pelajar, telah membuat kunjungan ke sekolah tersebut bagi meninjau dengan lebih dekat perlaksanaan 'Minggu Disiplin' tersebut.
.

.
Kedatangan rombongan disambut baik oleh pihak tuan rumah terutama sekali Cikgu Hjh Suanah Bte Hj Mohd Jaya, Pengerusi Minggu Disiplin tersebut, yang berkesudian memberi taklimat atas matlamat, kaedah perlaksanaan dan hasil aktibiti tersebut dan setelah sesi berkongsi pengalaman dan buah fikiran selesai, pihak tuan rumah telah mempelawa para rombongan yang datang untuk turut menyaksikan Majlis Penutupan Rasmi 'Minggu Disiplin' yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan yang disempurnakan oleh Pengetua sekolah tersebut iaitu Puan Lim Siew King.
.
.
.
.
.

Wednesday, May 13, 2009

Pertandingan Hadrah Peringkat Akhir Senegara Kali Ke 27


.
7 Mei 2009 - Pertandingan Hadrah Peringkat Akhir bagi Maktab-maktab dan Sekolah-sekolah Senegara Kali Ke-27 telah berlangsung di dewan Sekolah Menengah Pehin Dato Seri Maharaja Menteri yang menyaksikan sebanyak 10 pasukan yang telah berjaya mara ke peringkat ini bertanding dalam 2 kategori. Pertandingan pada kali ini adalah anjuran jabatan pendidikan KoKurikulum Kementerian Pendidikan dan diselenggarakan oleh pihak tuan rumah iaitu Sekolah Pehin Dato Seri Maharaja Menteri.
.
.
Setelah menyampaikan ucapan, pertandingan tersebut pun dirasmikan oleh tetamu kehormat majlis iaitu yang Mulia Hj Mohd Zin Bin Hj Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap di kementerian Pembangunan.
.
.
Hasil keputusan pertandingan pada hari tersebut telah menyaksikan pasukan tuan rumah telah menyandang gelaran juara bagi kategori lelaki sementara naib juara disandang oelh pasukan dari SMALHB dan Maktab Sultan Omar Ali Saifuddin di tempat ketiga.
.
.
Bagi kategori perempuan pula, gelaran juara telah disandang oleh pasukan dari SUAMPRIPAD dengan diikuti oleh pasukan SMALHB di tempat kedua dan pasukan tuan rumah di tempat ketiga.
.
.
Dalam kesempatan ini, warga sekolah ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kumpulan As-Syams yang mewakili SUAMPRIPAD dalam pertandingan tersebut atas kejayaan yang dikecapi dan semoga terus berusaha mengharumkan nama sekolah dipersada seni permainan hadrah.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.

Tuesday, May 12, 2009

Pertandingan Menghafaz Ayat-Ayat Suci Al-Quran Peringkat Suku Akhir


.
6 Mei 2009 - Satu Pertandingan Menghafaz Ayat-ayat Suci Al-Quran Peringkat Suku Akhir telah berlangsung di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah dimana Tetamu kehormat majlis pada hari tersebut adalah Awang Haji Rosli bin Haji Mustafa, Timbalan Setiausaha Tetap di kementerian Kesihatan.
.
.
Sebanyak 4 kategori telah dipertandingkan sepanjang 3 hari yang mana Kategori A adalah bagi 10 tahun kebawah, kategori B 10 ke 15 tahun dan kategori C dan D adalah kategori terbuka.
.
.
Seramai 40 orang dari 112 peserta telah berjaya mara ke peringkat suku akhir yang diadakan pada hari tersebut.Bagi Kategori A, para pemenang terdiri daripada Awg Mohamed Jaffnie bin Mohamed Shalahudeen, Awg Muhammad Aiman Hakim bin Zulkiflee, Dyg Amal Hadzimatul Nadzirah binti Nor Irdi, Dyg Nur'Alia Syazwani binti Hj Maidin dan Awg Muhammad Eram 'Alif bin Hj Awg Mohd Hanafi.
.
.
Kategori B pula dimenangi oleh Dyg Lina Musfirah binti Hj Abd Wahab (SUAMPRIPAD), Ahmad Rusydi Hj Mohd Salleh, Mohamed Shahmie Mohamed Shalahuden dan Haziqah binti Hj Hazilan (SUAMPRIPAD). Kategori C pula dimenangi oleh Aqilah Hj Ayop, Nursyukriah Hj Omarali, Mohd Huzailan Hj Kassim dan Muhd Abu Hurairah bin Ariffin. Sementara bagi kategori D pula, para pemenang terdiri daripada Ak Khairul Ikhwan bin Pg Alit, Awg Muhd Khiarul Anuar Hj Ahmad dan Mohd Fikri bin Hj Sharbini.
.

Saturday, May 9, 2009

Taklimat Biasiswa & Pameran Kerjaya Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad (BSP)


.
5 Mei 2009 - Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad (BSP) selama 2 hari bermula pada 4 Mei lalu telah menganjurkan Taklimat Biasiswa dan Pameran Kerjaya bertempat di Kelab Rekreasi Shell, Seria.
.
.
Tujuan ianya diadakan adalah sebagai salah satu langkah meningkatkan minat para pelajar yang berpotensi untuk menceburi kerjaya dalam bidang Industri Minyak dan Gas, disamping untuk membekalkan para pelajar yang hadir dengan maklumat berkenaan syarat -syarat kelayakkan bagi menerima biasiswa syarikat berkenaan.
.
.
Lantaran itu, pihak SUAMPRIPAD telah menghantar seramai 35 orang pelajar aliran sains ke pameran tersebut untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang mereka perlukan sekiranya bidang industri Minyak & Gas menjadi pilihan mereka kelak.
.
.
Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh salah seorang pegawai syarikat berkenaan. Menurut taklimat tersebut, sebagai syarat umum bagi melayakkan para pelajar untuk menerima biasiswa BSP, para pelajar perlu mempunyai 3 'A' level dengan gred 'BBB' keatas dimana 2 daripadanya adalah Matematik dan Fizik dan selebihnya mana-mana matapelajaran sains yang lain. Setelah itu, para pelajar juga perlu lulus dalam penilaian yang dikendalikan oleh syarikat minyak berkenaan.
.
.
Syarikat BSP Sdn Bhd telah banyak memberikan biasiswa kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara seperti di United Kingdom, Australia dan Amerika Syarikat sehinggakan pada tahun lepas sahaja, jumlah penerima biasiswa telah mencapai seramai 28 orang.
.
.
Sewaktu mengunjungi pameran yang diadakan, para pelajar telah berpeluang untuk beramah mesra sambil berkongsi pengalaman dengan penerima-penerima biasiswa yang mana salah satu daripada mereka, iaitu Dyg Nurul Ain, adalah merupakan bekas pelajar thanawi 5 SUAMPRIPAD pada tahun 2006.
.
.
Lawatan pada hari tersebut diakhiri dengan sesi bergambar ramai .

Wednesday, May 6, 2009

Majlis Khatam Al-Quran



2 Mei 2009 - SUAMPRIPAD sekali lagi telah mengadakan majlis khatam Al-Quran tahun ini bagi pelajar thanawi 5 yang berjumlah seramai 75 orang. Adapun tujuan majlis khatam ini diungkayahkan bukanlah semata-mata untuk melaksanakan aktibiti tahunan sekolah, akan tetapi tujuan utama adalah untuk menjana dan melahirkan para pelajar yang berkemahiran dalam pembacaan Al-Quran, disamping menghayati dan mempraktikkan ajaran-ajaran Al-Quran sebagai pedoman dan prinsip hidup seharian.
.
.
Majlis tersebut telah dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh tetamu kehormat majlis iaitu Yang Mulia Ustaz Haji Ismail Bin Haji Manaf, Pemangku Pengarah Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Selain menjadi tetamu kehormat majlis, kehadiran beliau dan isteri adalah juga untuk meraikan anak mereka iaitu Dyg Aliiyah binti Haji Ismail yang juga merupakan salah seorang peserta khatam.
.
.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ustazah Siti Mariam Bte Awg Daud, Ketua Bahagian Profesional, Ustazah Hjh Rusita Bte Hj Yahya, Ketua Bahagian Institusi Pengajian, Ustazah Norjainah Bte Hj Buntar, Ketua Unit Sekolah-sekolah Arab, berserta para pegawai dari Jabatan pengajian islam disamping para ibubapa yang diundang.
.
.
Setelah bacaan surah-surah dan takhtim sempurna dijalankan, majlis diteruskan dengan bacaan doa khatam oleh Dyg Noor Azriah Bte Hj Abd Aziz, salah seorang peserta majlis khatam. Majlis seraya diteruskan dengan bacaan Dikir Marhaban.
.
.
Sambil Dikir Ya Habibi dilaungkan oleh para pelajar thanawi 4, upacara menabur bunga rampai dan seterusnya penyerahan sijil khatam kepada pelajar yang diraikan telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis.
.
.
Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat majlis yang sampaikan oleh Puan Pemangku Pengetua, Ustazah Dyg Hjh Sarimah Bte Awg Hj Ahmad.
.
.
Majlis pada hari tersebut diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Hj Md Hisham bin Maidin.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sunday, May 3, 2009

Perlawanan Badminton Diantara Sekolah - Sekolah Dan Maktab-maktab Zon 1


.
28 April 2009 - Satu perlawanan kejohanan badminton antara sekolah-sekolah menengah dan maktab-maktab bagi zon 1 telahpun berlangsung selama 4 hari bertempat di Kompleks Sukan Menglait. Sebanyak 15 buah sekolah telah turut bertanding didalam pertandingan yang mempunyai beberapa kategori ini.
.
.
Pada tahun ini, SUAMPRIPAD telah buat pertama kalinya menyertai pertandingan seperti ini dengan menghantar Dyg Halimatul Hazimah binti Abdul Hamid dari thanawi 4 Abyadh-2, untuk bertanding dalam kategori Perseorangan Perempuan C (16-18 tahun).
.
.
Dalam pusingan pertama, Dyg Halimatul Hazimah telah berjaya menentang wakil dari Sekolah Menengah Menglait yang seterusnya menetapkan beliau untuk kembali bertanding pada keesokkan harinya,.
.
.
Hasil perlawanan pusingan kedua telah menyaksikan wakil SUAMPRIPAD gagal mengalahkan wakil Sekolah Menengah Chung Hwa BSB yang sememangnya begitu berbakat dalam sukan ini.
.
.
Walau bagaimanapun, atas usaha dan semangat yang ditunjukkan, warga sekolah ingin mengucapkan syabas kepada peserta yang terlibat dan semoga dengan adanya penglibatan sebegini, ianya akan menarik lagi minat para pelajar SUAMPRIPAD untuk bergiat aktif dalam bidang sukan dan seterusnya melahirkan para pelajar yang mempunyai minda dan badan yang sihat yang akan membantu mereka untuk berjaya dalam bidang pelajaran.

Saturday, May 2, 2009

Sambutan Hari Bumi


.
23 April 2009 - Hari Bumi merupakan hari yang disambut oleh jutaan manusia seluruh dunia dimana hari tersebut didedikasi khas bagi kesejahteraan planet bumi. Dalam usaha memberi sokongan kepada motif Hari Bumi ini, SUAMPRIPAD juga tidak ketinggalan untuk sama-sama menyambut hari yang diadakan setahun sekali ini dengan mengadakan pelbagai aktibiti di kawasan sekolah.
.
.
Aktibiti-aktibiti yang telah dijalankan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan pendidikan yang merangkumi langkah-langkah pemeliharaan bumi serta usaha bagi menangani ancaman-ancaman alam sekitar.
.
.
Aktibiti pada hari tersebut dimulakan dengan acara senam aerobik beramai-ramai yang diketuai oleh para ahli jawatankuasa pelajar.
.
.
Selesai bersenam, para pegawai dan juga guru terus mengadakan kempen tanam-tanaman di sekitar kawasan sekolah agar suasana sekolah terasa segar dengan tumbuhnya pohon-pohon bunga yang ditanam ini nanti.
.
.
Sementara itu, para pelajar pula berhimpun di dewan bagi menyertai aktibiti-aktibiti yang telah disusun oleh Unit 3K dan juga Jabatan Geografi dan Komputer. Antara acara yang dijalankan di dewan adalah seperti pertandingan melukis poster alam sekitar, peraduan mewarna, persembahan sajak, pertandingan menghias tong kitar semula, kuiz dan yang paling menarik adalah demonstrasi membuat kraftangan daripada bahan kertas terpakai.
.
.
Sambutan Hari Bumi di SUAMPRIPAD telah diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang peraduan yang disampaikan oleh Puan Pemangku Pengetua keesokan harinya semasa perbarisan pagi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.