Wednesday, April 29, 2009

Promosi Perisian Ensiklopedia Jejak Rasul


.
21 April 09 -Selain perisian e-kamus, satu taklimat promosi Perisian Ensiklopedia Jejak Rasul juga telah dijalankan didewan besar sekolah.
.
.
Taklimat yang disampaikan oleh wakil Syarikat Hyper Dymensi Marketing Services ini dikhususkan bagi para pegawai dan juga guru-guru yang berminat.
.
.
Kandungan perisian tersebut merangkumi tempat dan sejarah kehidupan 25 orang rasul yang mana ianya boleh dijadikan sumber rujukan tambahan dalam pengajaran.
.
.
Bagi yang berminat untuk memiliki perisian tersebut, bolehlah menghubungi syarikat tersebut di alamat N0: 39,Jalan Lambak Kiri 'A', Kg Lambak Kiri Berakas ataupun menghubungi wakil syarikat tersebut pada talian 8785544/8821673 ataupun pada emel hdms43@yahoo.com
.
.

Tuesday, April 28, 2009

Taklimat E-kamus


.
20 April 2009 - Syarikat Impressive Celcom Communication (Brunei) sekali lagi telah datang ke SUAMPRIPAD bagi mempromosikan produk perisian kamus mereka yang dikenali dengan perisian E-Kamus 5.07.
.
.
Syarikat tersebut telah diwakili oleh Encik Hj Md Kasim Hj Don ( Pengarah Urusan ), Encik Mohd Hafizi Bin Husin dan Encik Mohd Aizad Bin Adam yang kedua-dua mereka adalah pegawai IT syarikat terbabit.
.
.
Perisian E-Kamus ini merupakan perisian yang amat sesuai bagi para pelajar memandangkan ianya meliputi berbagai bahasa serta matapelajaran. Perisian ini telah dibangunkan bersama dengan syarikat Microsoft dan oleh yang demikian, ianya dapat dijalankan dengan mana-mana versi Microsoft Windows.
.
.
Menurut Encik Hj Md Kasim, dengan harga BND 80, para pembeli akan mendapat lesen seumur hidup bagi menggunakan perisian tersebut dan sebarang kemaskini pada masa akan datang akan diberikansecara percuma.
.
.
Bagi mendapat maklumat dengan lebih lanjut, sila layari http://www.ekamus.com.my


Monday, April 27, 2009

Muzakarah Bersama Ibubapa


.
18 April 2009 - Setelah berlalunya ujian bulanan yang diadakan sebelum ini, SUAMPRIPAD telah mengadakan acara muzakarah bersama para ibubapa khususnya bagi para pelajar thanawi 3 dan 5.
.
.
Tujuan muzakarah yang berlangsung di dewan besar sekolah ini adalah bagi sama-sama membincangkan hal ehwal para pelajar terutama sekali mengenai prestasi pembelajaran mereka pada masa ini.
.
.
Dalam acara tersebut, para guru juga mengambil peluang untuk berinteraksi dengan para ibubapa bagi sama-sama membincangkan sebarang isu yang mungkin dihadapi oleh anak-anak mereka ketika berada di sekolah disamping sama-sama mengatur langkah mempersiapkan anak-anak mereka bagi menghadapi peperiksaan bersijil yang akan mereka hadapi pada tahun ini.
.
.
Acara yang bermula pada jam 2 petang ini telah berakhir sekitar jam 5.
.

Saturday, April 25, 2009

Pertandingan Tausyeh Anjuran Rangkaian Nur Islam


.
17 April 2009 - Sebanyak dua kumpulan daripada SUAMPRIPAD telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Tausyeh Anjuran Rangkaian Nur Islam peringkat saringan yang diadakan di studio RTB, Bandar Seri Begawan.
.
.
Pertandingan tersebut telah menerima banyak sambutan sehinggakan pada waktu petang tarikh tersebut sahaja sebanyak 10 kumpulan telah turun bertanding.
.
.
Wakil sekolah dalam pertandingan tersebut adalah Kumpulan Lulu' Munawwar yang terdiri daripada para pelajar thanawi 5 dan kumpulan Firqatun Munawwarah yang terdiri dari para pelajar thanawi 4.
.
.
Hasil keputusan pertandingan tausyeh ini akan diumumkan pada waktu terdekat ini.
.
.
.

Thursday, April 23, 2009

Perlawanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Menengah & Maktab-Maktab Peringkat Zon 1


.
15 April 2009 - Dalam usaha untuk mengalakkan para pelajar untuk bergiat aktif dalam bidang sukan, Unit Sukan SUAMPRIPAD telah memberi peluang kepada sebahagian pelajarnya yang terpilih untuk menyertai Perlawanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Menengah & Maktab-Maktab Bagi Peringkat Zon 1 yang diadakan di Dewan Serbaguna Komplex Sukan Berakas.
.
.
Perlawanan pada hari tersebut menyaksikan sebanyak 10 buah pasukan dari berbagai sekolah bertanding dalam kategori B dan 10 buah pasukan lainnya bertanding dalam kategori C. SUAMPRIPAD telah mengantar 2 buah pasukan bagi menyertai kedua-dua kategori tersebut.
.
.
Hasil perlawanan hari pertama bagi kategori C menyaksikan pasukan SUAMPRIPAD menang 7 - 6 menentang SM SMJA, STPRI 14 - 7 ST. Andrews, SM Awang Semaun 12 -10 SM SUA dan Maktab Duli 19 - 6 SM Sultan Hasan.
.
.
Bagi kategori B pula, SUAMPRIPAD telah kalah 5 -7 menentang STPRI, SM Chung Hua 21 - 7 SM SUA, ITQHHB 0 - 8 SM Menglait dan SM Sultan Hasan 10 - 7 ST. Andrews.
.
.
Perlawanan pada hari kedua menyaksikan pasukan STPRI menang 11 - 4 menentang SM Menglait dan SUAMPRIPAD menang 15 - 3 menentang ITQHHB. Pusingan kedua perlawanan menyaksikan pasukan STPRI menang 7 - 4 menentang SM Awang Semaun dan Maktab Duli menang 25 - 0 menentang SUAMPRIPAD.
.
.
Hasil perlawanan pusingan akhir bagi zon 1 menyaksikan pasukan Maktab Duli menang menentang STPRI bagi kategori C dan pasukan STPRI menang menentang SM Sultan Hasan bagi kategori B.
.
.
Kedua-dua buah pasukan tersebut akan bertanding menentang juara dari zon lain yang akan diadakan pada masa terdekat ini.
.
.
Walau bagaimana pun, pihak sekolah ingin mengucapkan syabas kepada kedua buah pasukan yang mewakili SUAMPRIPAD atas kemenangan dan kekalahan yang diperolehi dan semoga ianya menjadi pengalaman yang berharga yang akan menguatkan lagi semangat kesukanan peserta bagi mencapai impian untuk menjadi yang terbaik pada masa akan datang.
.
.
.
.
.
.
.


Tuesday, April 21, 2009

Hari Terbuka Mini Pameran Badan Bahasa Dan Persuratan


.
13 April 2009 - Badan Hal Ehwal Pelajar SUAMPRIPAD menerusi Ahli Jawatankuasa Pelajar telah menganjurkan satu aktibiti Hari Terbuka Mini Pameran Badan Bahasa Dan Persuratan yang berlangsung di Bilik Serbaguna Bangunan Al-Mas selama dua hari berturut-turut.
.
.
Adapun objektif utama mini pameran tersebut adalah untuk menarik minat para pelajar untuk mengukuhkan lagi penggunaan dan pengguasaan bahasa arab sejajar dengan kriteria sekolah sebagai salah satu institusi pengajian yang menggunakan bahasa tersebut sebagai salah satu bahasa pengantar. Disamping itu, pameran tersebut juga bertujuan untuk memperkenalkan ahli - ahli jawatankuasa Badan Bahasa Dan Persuratan yang baru dilantik kepada warga sekolah.
.
.
Upacara perasmian mini pameran tersebut telah disempurnakan oleh Pemangku Pengetua, Ustazah Dyg Hjh Sarimah Bte Awg Hj Ahmad. Majlis perasmian juga dihadiri oleh Timbalan Pengetua Akademik, Pemangku Timbalan Pengetua Pentadbiran serta para pegawai, guru dan juga para pelajar.
.
.
Acara pada hari tersebut diserikan lagi dengan persembahan puisi tiga bahasa nukilan Shukri Zain oleh ahli jawatankuasa pelajar yang bertugas.
.
.
Dalam pameran tersebut, para hadirin telah diberi pendedahan kepada berbagai jenis sumber ilmu pengetahuan dalam bahasa arab seperti buku-buku pelajaran, buku cerita, perisian multimedia berbentuk ilmiah dan sebagainya.
.
.
.
.
.
.
.

Sunday, April 19, 2009

Kursus Kepimpinan & Motivasi Bagi Penuntut PRS, 3PD, AJK dan PREFEK 2009


.
12 April 2009 - Pada ahad lalu,Unit Bimbingan Dan Kaunseling dengan kerjasama Badan hal Ehwal Pelajar dan Unit Ko-Kurikulum SUAMPRIPAD telah menganjurkan kursus kepimpinan & motivasi bagi para pelajarnya yang terlibat dengan unit PRS, 3PD, AJK serta Prefek.
.
.
Antara objektif utama kursus ini adalah untuk memupuk semangat kepimpinan dan setiakawan
dikalangan pelajar yang terlibat agar lebih bersedia memikul tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.
.
.
Kursus ini terbahagi kepada dua sesi dimana sesi pertama disebelah pagi dipenuhi dengan aktibiti-aktibiti seperti ceramah, membuat bendera, lagu kumpulan, dan sebagainya.
.
.
Manakala pada sebelah petang pula, aktibiti yang diadakan adalah seperti aktibiti 'Bersatu Teguh Bercerai Roboh' dan 'Cantuman Bermakna' yang dikendalikan oleh pemudahcara yang diundang iaitu Cikgu Emran Bin Abd Ranee, Guru Kauseling dari Unit Sekolah-sekolah Ugama, Jabatan Pengajian Islam.
.
.
Aktibiti pada hari tersebut telah diakhiri dengan upacara penyampaian cenderahati kepada Cikgu Erwan yang disampaikan oleh Timbalan Pengetua Akademik, Ustaz Matudin Hj Tahir yang juga berkesudian untuk memberi ucapan penutup majlis.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Wednesday, April 15, 2009

MAJLIS PERPISAHAN BAGI PARA PEGAWAI & GURU YANG BERPINDAH


,
12 April 2009 - Bagi memberi penghargaan kepada para pegawai dan guru yang pernah bertugas di SUAMPRIPAD, satu majlis perpisahan telah pun diadakan di dewan besar sekolah pada tarikh yang dinyatakan.
.
.
Antara pegawai dan guru-guru yang diraikan pada majlis tersebut adalah Ustaz Shamsol bin Hj Omar yang pada masa ini sedang menjawat jawatan Pemangku Pengetua Mahad Islam Brunei, Ustazah Hjh Umiyati bt Hj Md Noor yang pada msa ini bertugas di Jabatan Kurikulum di Jabatan Pengajian Islam, Cikgu Haryanty Bt Hj Alias yang pada masa ini bertugas di Sekolah Persediaan Arab BSB, Cikgu Nur Shamsiah Bt Hj Wasil dan Cikgu Rozeana Bt Hj Awg Osman yang kedua-duanya pada masa ini bertugas di Mahad Islam Brunei.
.
.
Majlis pada hari tersebut dimulakan dengan bacaan Fatihah beramai-ramai yang kemudiannya diteruskan dengan ucapan dari Pemangku Pengetua SUAMPRIPAD, Yang Mulia Ustazah Dyg Hjh Sarimah Bte Awg Hj Ahmad. Dalam ucapan beliau, Ustazah Dyg Hjh Sarimah terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pegawai dan guru yang diraikan atas sumbangan jasa dan pengorbanan mereka dalam menjalankan tugas semasa berada di SUAMPRIPAD.
.
.
Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan ucapan daripada Ustaz Shamsol bin Hj Omar yang mewakili para pegawai dan guru yang diraikan pada hari tersebut.
.
.
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan lagu perpisahan yang berjudul "Kenanglah Kami Sentiasa" yang dicipta oleh Ustaz Hj Ibrahim Bin Hj Sahat, salah seorang tenaga pengajar di SUAMPRIPAD. Selain itu, majlis juga diserikan lagi dengan persembahan pantun "Lanang Beladu Lanang" oleh para pelajar tahun 8.
.
.
Setelah itu, majlis disambung dengan upacara penyampaian cenderahati kepada para pegawai yang diraikan yang disempurnakan oleh Puan Pemangku Pengetua. Selain itu, majlis juga menyaksikan penyampaian sumbangan derma kepada sebahagian guru yang layak menerima bantuan hasil inisiatif Badan Tabung kebajikan Guru-guru sesi 2008-2010.
.

.
Majlis juga turut meyaksikan penyampaian anugerah "Guru Aktif 2008" yang disandang oleh Ustaz Hj Md Asri Hj Abd Ghaffar dan Ustazah Zurine Hj Kadir.
.

.
Majlis diakhiri dengan sesi bersalam-salaman dengan para pegawai dan guru yang diraikan.
.
.
.
.
.

Wednesday, April 8, 2009

LAWATAN KERJAYA KE IBU PEJABAT POLIS DIRAJA BRUNEI, GADONG


.
1 April 2009 - Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan lawatan kerjaya di Ibu Pejabat Polis, Gadong dan ianya disertai oleh seramai 9 orang guru dan 20 orang pelajar. Tujuan utama lawatan itu antara lain adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kerjaya anggota pasukan Polis Diraja Brunei, di samping untuk memupuk semangat kerjasama dan menguji ketahanan mental dan fizikal ahli-ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah (3PD).
.
.
Sebagaimana yang dirancangkan, tepat jam 8.45 pagi semua ahli tiba di Padang Kawat, Pusat Latihan Polis dimana pihak pasukan Pasukan Polis Diraja Brunei sudahpun siap sedia menanti ketibaan rombongan. Sejurus tiba, para rombongan disambut dengan persembahan berjalan lalu yang dilakukan oleh sekumpulan rekrut lelaki dan perempuan. Setelah itu, para rombongan pun diberikan taklimat mengenai pasukan Polis Diraja Brunei dan juga diberi kesempatan untuk mempelajari kawat kaki dan kawat senjata sambil beramah mesra dengan rekrut-rekrut disana.
.
.
Satu pertunjukan demonstrasi bagi menangani rusuhan juga dibuat oleh para pegawai dari pasukan R.U ’D’ Kompeni.
.
.
Apa yang menarik dalam lawatan kali ini adalah dimana para pegawai dan penuntut diberi kesempatan untuk menyertai dan mencuba sendiri beberapa aktiviti seperti melakukan pergerakan dan memberi hukuman kawat, melihat senjata yang digunakan dengan lebih dekat, mencuba menembak menggunakan peluru getah, mencuba membaling gas pemedih mata (bom asap) dan sebagainya. Pasukan R.U. ‘B’ juga memperkenalkan pelajar tentang alat-alat yang digunakan semasa bertugas seperti Utab, Button, senjata dengan peluru getah, dan gas pemedih mata.
.
.
Di samping itu juga, para rombongan juga sempat menemubual beberapa orang anggota polis mengenai kerjaya khususnya cabaran, kemudahan dan tanggungjawab sebagai seorang anggota Polis.
.
.
Sebelum meneruskan lawatan ke Unit seterusnya, rombongan dibawa melawat ke Galeri Muzium Polis dimana pelbagai informasi seperti sejarah penubuhan, perubahan struktur dan uniform-uniform Pasukan Polis Diraja Brunei dipamerkan.
.
.
Untuk meneruskan lagi lawatan, rombongan telah dibawa ke Unit Perhubungan Awam dan Unit Siasatan Jenayah dimana mereka diberikan taklimat mengenai dengan kes-kes jenayah yang berlaku di Negara Brunei Darussalam. Antara kes-kes yang dinyatakan adalah seperti kes pecah rumah, kes pembuangan anak damit, kes pelacuran, kes penyeludupan bahan-bahan terkawal, kes juvana dan kes penderaan. Lawatan berakhir sekitar jam 12 tengahari.
.
.
Dalam kesempatan ini, pihak SUAMPRIPAD ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pasukan Polis Diraja Brunei atas layanan dan kerjasama sepanjang lawatan ini. Pihak sekolah juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada AC DSP. Hjh Nur Haidah bt. Hj Abd. Hallim, CH/INSP Burhan bin Abang, S/SGT 897 Abi bin Untong, SGT 1320 Zariah Hj Lamit, CPL 2988 Nooraiasah bt Mahad, CPL 2020 Satiah bt. Ahad, PC 5526 Ashak bin Hj Ali, A.CPL 5288 Hjh Kasumawati bt. Hj Buntar dan semua pegawai dari Pasukan Polis Diraja Brunei yang terlibat menjayakan lawatan ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Monday, April 6, 2009

Lawatan Ta'aruf dari Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah


.
4 April 2009 - Satu rombongan daripada Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah telahpun mengadakan Lawatan Ta'aruf ke SUAMPRIPAD bagi mengetahui dan melihat dengan lebih dekat sistem-sistem yang dilaksanakan oleh pihak tuan rumah.
.
.
Rombongan daripada Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah tersebut telah diketuai oleh Pemangku Pengetua institut tersebut iaitu Ustaz Hj Abd. Rajid bin Hj Mohd Salleh, Cikgu Hj Awang Bin Haji Aji, Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar, Ustaz Hj Muhammad bin Mat Lazim, Timbalan Pengetua Akademik, serta pegawai-pegawai dan kakitangan lainnya.
.
.
Lawatan dimulakan dengan sesi penyampaian taklimat pengenalan sekolah oleh Puan Pemangku Pengetua, Ustazah Dyg Hjh Sarimah Bte Awg Hj Ahmad. Setelah itu, taklimat diteruskan dengan penerangan perlaksanaan Sistem Pendidikan Negara Abad 21 yang pada masa ini telah pun diterapkan kedalam sistem pendidikan di sekolah. Para rombongan juga turut diberi taklimat mengenai aktibiti-aktibiti ko-kurikulum yang telah dan yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah dimasa akan datang.
.
.
Selesai sesi taklimat, para rombongan dibawa melawat sekitar kawasan sekolah bagi meninjau dengan lebih dekat lagi kemudahan-kemudahan yang ada di SUAMPRIPAD disampaing mengambil kesempatan untuk berinteraksi dengan para pegawai dan juga kakitangan yang bertugas.
.
.
Dalam kesempatan ini, pihak SUAMPRIPAD ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak ITQSHHB atas lawatan yang diadakan dan semoga ianya akan mengeratkan lagi ikatan silaturahim dan kerjasama antara kedua belah pihak.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.

Saturday, April 4, 2009

Pembukaan Sekolah Penggal Kedua


.
30 Mac 2009 - Sudah menjadi lumrah bagi warga SUAMPRIPAD untuk membuka tirai persekolahan dengan membaca surah Yassin beramai-ramai di surau sekolah dan sesi penggal persekolahan kedua juga tidak lepas dari tradisi tersebut.
.
.
Sebelum surah Yassin dibacakan, para pelajar telah terlebih dahulu mengulangi bacaan ikrar sekolah bagi sama-sama mengingatkan akan peranan dan tanggungjawab mereka ketika berada disekolah. Bacaan ikrar tersebut telah diketuai oleh Dyg Norhafizah binti Haji Md. Sofian, Yang Dipertua Penuntut.
.
.
Selesai bacaan surah Yassin, puan pemangku pengetua dan timbalan pengetua mengambil kesempatan untuk memberi sepatah dua kata alu-aluan kepada para pelajar dan juga mengingatkan mereka agar sentiasa menjaga tingkah laku sebagai seorang pelajar muslimah yang berdisiplin serta terus rajin berusaha dalam bidang pelajaran demi kejayaan dimasa akan datang.
..
.
.

Thursday, April 2, 2009

Perlawanan Persahabatan Sukan Badminton


.
24 Mac 2009 - Terdorong oleh rasa minat yang mendalam untuk bermain sukan badminton, seramai 9 orang guru dan juga kakitangan lelaki SUAMPRIPAD telah ikut serta dalam perlawanan persahabatan permainan badminton antara warga sekolah dan para belia Kampong Parit, Mukim Pengkalan Batu.
.
.
Perlawanan yang telah berlangsung di dewan besar sekolah ini telah diadakan pada sebelah malam bermula sekitar jam 8. Dengan adanya perlawanan sebegini, para warga sekolah bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan dan kemahiran bermain sukan ini, malahan dapat mengeratkan silaturahim antara warga sekolah dan juga masyarakat luar.
.
.
Dalam kesempatan ini, pihak tuan rumah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada belia Kampong Parit yang terlibat atas semangat dan kerjasama yang diberikan dan semoga kita berpeluang untuk bertemu kembali dimasa akan datang.
.
.
.
.
.