.
31 Januari 2009 - Hari ini, satu majlis muzakarah bersama pemangku pengetua telahpun diadakan di dewan besar sekolah yang bermula sekitar jam 2 petang.
.
.
Muzakarah tersebut dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Timbalan Pengetua, Ustaz Matudin Bin Hj Tahir. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian taklimat yang disampaikan oleh Puan Pemangku Pengetua, Ustazah Dyg Hjh Sarimah Bte Awg Hj Ahmad.
.
.
Taklimat tersebut merangkumi penerangan struktur sekolah yang baru serta perlantikan ahli jawatan kuasa baru bagi setiap jabatan, unit, badan dan lain-lainnya yang ada di SUAMPRIPAD. Puan Pengetua, dalam taklimat beliau juga sempat menyentuh mengenai pencapaian pelajar yang membanggakan didalam peperiksaan PMB, SPUB dan juga yang terbaru peperiksaan GCE 'O' Level. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan juga terima kasih atas usaha penat lelah para guru yang juga tidak dinafikan, memainkan peranan besar dalam mencapai kejayaan bagi para pelajar.
.
.
Setelah itu, majlis muzakarah diteruskan lagi dengan ucapan dari Timbalan Pengetua yang merangkumi kata-kata nasihat serta galakan bagi para guru untuk meningkatkan lagi tahap profesionalisma semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab di sekolah. Majlis pada hari tersebut diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr.
.
