Pencari Maklumat

Loading

06 December 2009

Program Lawatan Ilmiah Ke Gua Niah, Miri


.
27 November 2009 - Seramai 28 orang pelajar beserta 12 orang guru pengawas telah menyertai program awatan ilmiah ke Gua Niah yang terletak di Miri, Serawak yang berlangsung selama 3 hari 2 malam.
.

.
Program yang dianjurkan bersama oleh Kelab Kembara dan juga Kelab Fotografi & Kewartawanan SUAMPRIPAD tersebut bertujuan untuk menambah pengetahuan dan pengalaman para peserta secara umum disamping bertujuan bagi mengurangkan tekanan yang dialami para pelajar setelah melalui musim peperiksaan yang lalu. Ianya jua bagi memperkenalkan para pelajar kepada salah satu tarikan alam semulajadi ciptaan Allah S.W.T yang sememangnya boleh menimbulkan rasa takjub dan insaf dalam jiwa para pelajar.
.

.
Aktibiti pada hari pertama dimulakan dengan membuat lawatan ke Taman Buaya Miri yang terletak di Jalan Miri - Kuala Baram. Taman tersebut mempamerkan berbagai spesis bintang liar seperti Ikan Pirana, Burung Kasawari, Ular Sawa, Beruang, dan yang terutama sekali buaya. Semasa lawatan dibuat, pihak taman sedang membuat persembahan dengan memberi makan kepada puluhan buaya yang dipelihara didalam sebuah kolam.
.

.
Menurut pihak taman, specis buaya terbahagi kepada 2 jenis iaitu Buaya Air Masin dan juga Buaya Air Tawar. Buaya Air Masin kebanyakkannya didapati di muara sungai atau di sungai yang airnya tawar bercampur dengan air masin manakala jenis kedua boleh didapati dikawasan paya atau hulu sungai.Jangka hayat buaya pula boleh mencecah hingga 70 - 80 tahun lamanya.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
BBQ Crocodile Meat!
.

.
Lawatan kedua pada sebelah petang diteruskan ke Muzium Petroleum yang terletak di Canada Hill, Bandar Miri. Muzium tersebut mempamerkan berbagai pameran yang berkaitan dengan industri minyak dan gas negara tersebut.
.

.
Tarikan utama adalah "The Grand Old Lady" iaitu gelaran bagi Telaga Minyak yang terawal di Miri. Telaga minyak tersebut terletak di atas Bukit Telaga Minyak yang dahulunya bergelar Canada Hill. Menurut cerita, nama Canada Hill tersebut adalah ekoran seorang warga Kanada yang pernah tinggal di sana dan perniagaan utamanya ialah untuk mencari pekerja tempatan dan asing untuk bekerja di lapangan minyak di sekeliling bukit itu. Grand Old Lady didirikan oleh Syarikat Shell pada tahun 1910. Setelah enam dekad menghasilkan kira-kira 660,000 tong minyak, akhirnya perigi ini ditutup pada tahun 1972, seterusnya diisytiharkan sebagai sebuah monumen kebangsaan.
.

.
Setelah itu, lawatan diteruskan ke Taman Awam Miri yang terletak 3 km dari pusat bandar. Dengan berbagai kemudahan dan tarikan seperti jambatan gantung, kolam renang dan sebagainya, taman rekreasi tersebut berjaya menarik ramai pengunjung lebih-lebih lagi pada hujung minggu.
.

.
Aktibiti pada hari pertama diakhiri dengan menikmati hidangan makan malam dan seterusnya bermalam di Hotel Imperial Miri.
.


.
.

.
.
.

.
Aturcara pada hari kedua diteruskan dengan membuat perjalanan ke Taman Negara Gua Niah yang terletak 90 km dari Bandar Miri. Perjalanan ke gua kapur terbesar di dunia itu mengambil masa kira-kira 2 jam untuk sampai. Taman negara seluas 3,138 hektar tersebut merangkumi kawasan bukit batu kapur dan hutan. Ia diwartakan sebagai Monumen Sejarah Kebangsaan pada 1958 dan pada 23 November 1974 diwartakankan sebagai Taman negara dan dibuka kapada umum pada 1 Januari 1975.
.

.
Sejurus tiba, para peserta disambut oleh seorang jurupandu tempatan yang kemudiaannya mengetuai rombongan menyeberang sungai dan seterusnya memulakan perjalanan kaki melintasi hutan yang dipenuhi oleh pokok-pokok yang begitu besar dengan melalui susunan tetangga pelantar yang diatur megikut struktur muka bumi yang mana mewujudkan suasana tenang.
.

.
.

.
Gua Niah merupakan sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan tertua di dunia yang mana ianya mengandungi bukti kehidupan awal manusia di daerah ini.Gua tersebut telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak.
.

.
Gua Niah terbentuk sebagai terumbu karang pada akhir Miocene sebelum pergerakan bumi yang mengangkatnya dan dihakis membentuk gua. Gua Niah menduduki kawasan seluas 12 hektar dan kawasan dalam gua dianggarkan seluas tiga padang bola sepak. Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan kamar dibelakangnya.
.

.
Gua niah terbahagi kepada dua gua: The Great Cave yang memiliki ketinggian sekitar 60 meter dan 250 meter lebar dan gua yang satu lagi dikenali sebagai The Painted Cave (Gua Kain Hitam).
.

/
Pada tahun 1958, sekumpulan ahli arkeologi yang diketuai oleh Tom Harrisson telah menjumpai satu tengkorak manusia disebelah barat pintu utama Gua Niah. Hasil kajian menunjukkan tengkorak tersebut telah berusia sekitar 40,000 ribu tahun. Ia merupakan tengkorak manusia moden (Homo sapiens) yang terawal di Asia Tenggara. Tengkorak itu ditemui di aras dimana perkakasan batu telah dijumpai sebelumnya bersama arang yang memberikan tarikh radiokarbon sekitar 40,000 tahun dahulu. Ini merupakan bukti terawal pendudukan manusia di Borneo.
/

.
Selain bukti kehadiran manusia zaman Palaeolithic pada tempoh Pleistocene Akhir, para cari gali juga turut menjumpai bukti pendudukan pada awal tempoh Holocene oleh Mesolithic foragers, dan kemudiannya tapak pengkebumian oleh penduduk yang menghasilkan barangan tembikar sekitar 4,000 tahun dahulu.
.

.
Kesemua kesan pendudukan manusia dikawasan tersebut seperti perkakasan batu, alatan memasak dan hiasan yang diperbuat daripada tulang, selut, atau batu telah membuktikan bahawa Gua Niah telah lama didiami sehingga era palaeolithic (awal Zaman Batu). Era Pleistocene berakhir dengan bermulanya era Holocene sekitar 10,000 dahulu.
.

.
Semasa membuat lawatan di dalam gua, para ahli rombongan juga berkesempatan untuk menyaksikan proses pengambilan sarang burung layang -layang yang dilakukan oleh penduduk setempat. Menurut jurupandu kami, harga bagi 1 kilogram sarang burung layang-layang yang sudah diproses boleh mencecah sehingga 2 ke 3 ribu ringgit bergantung kepada gred yang terhasil. Sarang burung yang lebih gelap warnanya dikatakan lebih banyak mengandungi khasiat bagi yang memakannya. Antara khasiat yang dikhabarkan adalah seperti menyembuhkan luka, sakit, menghaluskan kulit dan juga agar tampak awet muda.Proses pengambilan sarang burung layang-layang memerlukan permit dan hanya dibenarkan pada bulan Ogos sehingga Disember dan Januari hingga Mac setiap tahun.
.

.
Selain itu, terdapat juga lokasi yang menarik didalam gua yang diberi nama 'Lubang Hangus'. Ia dinamakan sedemikian kerana kawasan tersebut terdedah kepada cahaya matahari yang terus menyinar ke lantai gua melalui sebuah lubang yang besar di bahagian bumbung gua.
.

.
Setelah melakukan aktibiti lawatan selama satu hari di Gua Niah, para rombongan kembali semula ke hotel penginapan pada sebelah petangnya untuk beristirehat dan seterusnya pulang semula ke tanahair pada keesokkan harinya.
.

.
Foto : Win, Naza, Helmme, Zulizzi - Teks : Win