.
14 Oktober 2009 - Seramai 169 orang pelajar Sekolah-sekolah Arab dan juga Sekolah-sekolah Ugama telah menerima penghargaan berbentuk hadiah dan sijil Pelajar Cemerlang Persekolahan Ugama bagi sesi tahun 2008 bertempat di Pusat persidangan Antarabangsa, Berakas.
.
.
Majlis penyampaian hadiah pelajar cemerlang ini telah diungkayahkan oleh Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan merupakan satu pengiktirafan atas usaha gigih para pelajar dalam bidang pembelajaran yang mana ianya sudah tentu akan menjadi dorongan bagi para pelajar untuk terus berusaha demi mencapai kecemerlangan dimasa akan datang.
.
.
Majlis pada hari tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Timbalan Pengarah Jabatan Pengajian Islam, Yang Mulia Ustazah Dyg Hjh Fatimah Binti Hj Abd Ghani.
.
.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan dari Tetamu Kehormat Majlis,Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pangarah Dato Paduka Haji Othman, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama. Yang Berhormat Pehin dalam ucapannya telah merakamkan ucapan tahniah kepada Jabatan Pengajian Islam kerana menjadikan majlis ini sebagai projek tahunan jabatan berkenaan dalam usaha untuk mendorong pelajar untuk bersaing secara sihat bagi mendapatkan kedudukan sebagai pelajar cemerlang. Persaingan dalam pelajaran adalah sikap yang sangat positif yang patut ada pada diri setiap pelajar, jelasnya.
.
.
Persekolahan agama memberikan pengetahuan mengenai ilmu agama dan melatih kanak-kanak dan pelajar untuk mengamalkan ajaran agama yang akhirnya menjadikan mereka hamba Allah yang baik serta taat beragama.Adunan empat pihak iaitu pelajar, guru, ibu bapa dan pihak pentadbiran memainkan peranan besar dalam melahirkan pelajar cemerlang yang dihasratkan, ujarnya. Yang Berhormat Pehin juga berharap kejayaan pelajar berkenaan akan menjadi pendorong kerjasama di antara ibu bapa, guru dan pihak sekolah di masa akan datang.
.
.
Seramai 8 orang pelajar dari SUAMPRIPAD telah menerima penghargaan dalam majlis tersebut antaranya; Dyg Khairunnajihah binti Haji Ahim, Dyg Norhafizah binti Haji Md. Sofian, Dyg Najihah Afifah binti Haji Md. Hamzidi, Dyg Elia Ajeeratul Marhain @ Ajeerah binti Umar, Dyg Nor 'Aziqah binti Haji Abdul Aziz, Dyg Nur Zulfah 'Atiqah binti Haji Noraziman, Dyg Siti Nursabrina Zahirah binti Abdullah @ Pengiran Kahar dan Dyg Siti Nur'ainuna Mahirah binti Haji Wahid.
.
.
Selain itu, seramai 7 orang bekas pelajar SUAMPRIPAD juga telah menerima penghargaan yang sama atas kejayaan mereka semasa sesi pembelajaran tahun 2008 yang lalu yang antara mereka adalah Dyg Hanina binti Haji Talip, Dyg Nur'atiqah binti Hj. Abu Bakar,Dyg Hazimah binti Baha, Dyg Diyanah binti Haji Awang Mohd. Norsah dan lain-lain.
.
.
Majlis pada hari tersebut turut diserikan dengan persembahan Tausyeh dan Hadrah yang mana persembahan hadrah tersebut telah dilakukan oleh Kumpulan Hadrah Asy-Syams dari SUAMPRIPAD.
.
.
Dalam kesempatan ini, pihak sekolah dengan berbesar hati ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para penerima hadiah dan sijil atas usaha gigih yang dipamerkan dalam bidang pelajaran dan semoga ianya akan terus berkekalan sehingga mencapai kejayaan lain dimasa akan datang.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

0 comments:
Post a Comment