Tuesday, October 27, 2009

Hari Keusahawanan Pusat Pembangunan Belia & Rumah Terbuka Yang Berhormat Pengerusi PIBG SUAMPRIPAD


.
15 Oktober 2009 - Seramai 10 orang pelajar SUAMPRIPAD beserta beberapa orang guru pengawas telah membuat kunjungan ke Pusat Pembangunan Belia (PPB) yang terletak di Kampong Tanah Jambu bagi menghadiri Hari Keusahawanan Pusat Pembangunan Belia Kali Ke-4 yang diadakan selama seminggu bermula pada 8 Oktober yang lalu.
.

.
Projek tersebut telah memberi peluang kepada para pelatih untuk menimba pengalaman menceburi bidang keusahawanan dengan menjual beraneka jenis barangan dan menyediakan berbagai jenis perkhidmatan seperti penyelengaraan penghawa dingin, khidmat cuci kereta, khidmat salon, bufet makanan dan sebagainya yang kesemuanya disediakan pada harga yang berpatutan.
.

.
Belia adalah merupakan aset negara yang berharga yang perlu diberi peluang untuk memajukan masa depan mereka dan sekaligus masa depan negara. Misi Pusat Pembangunan Belia adalah untuk membangun keupayaan belia sekali gus untuk melatih belia yang berwawasan dan mampu menghasilkan kewangan sendiri dengan menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.
.

.
Sehingga kini, Pusat Pembangunan Belia telah menawarkan sebanyak 10 buah kursus melalui Program Pembangunan Belia. Kursus-kursus yang ditawarkan pada masa ini ialah: Kursus Komputer dan Pengendalian Pejabat, Kursus Masakan dan Katering, Kursus Kek dan Pastri, Kursus Jahitan Asas dan Sulaman, Kursus Solekan dan Dandanan Rambut, Kursus Hairstylish bagi lelaki, Kursus Welding dan Fabrication, Kursus Plumbing dan Pipe Fitting, Kursus Vehicle Body Repair dan Kursus Air Conditioning dan Refrigeration.
.

.
Tujuan Projek Minggu Keusahawanan PPB pada tahun ini adalah memberi peluang kepada para pelatih untuk belajar berniaga sama ada dari aspek perancangan, pengurusan mahupun penyelenggaraan, selain mendidik mereka bersikap kerjasama, bertanggungjawab, berdisiplin dan jujur dalam menjalankan sebarang perniagaan dan perusahaan. Selain itu, ianya juga mendidik para pelatih untuk bersikap kreatif, inovatif, kompetitif dan mempunyai ketahanan dan keyakinan diri dalam menjalankan sebarang kegiatan perniagaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pusat Pembangunan Belia bolehlah melayari lamanweb http://www.ppb.org.bn/
.

.
.

Sementara pada sebelah tengahari pula, lebih dari 30 orang warga SUAMPRIPAD yang terdiri dari kalangan guru dan kakitangan sekolah telah meluangkan masa untuk berkunjung ke rumah terbuka Pengerusi Persatuan IbuBapa-Guru SUAMPRIPAD, Yang Berhormat Penghulu Haji Abu Bakar Mansor, yang terletak di Kampong Kasat.
.

.
Selain ahli jawatankuasa PIBG yang lain, turut berkunjung ke rumah terbuka sambutan hari raya tersebut adalah Pemangku Pengetua sekolah, Yang Mulia Ustazah Dyg Hjh Sarimah Bte Awg Hj Ahmad sambil ditemani oleh suami beliau,Yang Mulia Awg Haji Abdul Kahar bin Haji Hussin, Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid.
.

.
Majlis juga disertakan dengan ucapan alu-aluan dari pihak tuan rumah yang telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan tersebut yang mana ianya sudah tentu akan mengeratkan lagi silaturahim antara kedua belah pihak.
.

.

.


- Foto : Rahim & Naza - Teks : Win

0 comments: