Pencari Maklumat

Loading

08 June 2009

Pertandingan Syarahan Agama Antara Sekolah-Sekolah Menengah Dan Maktab-maktab Senegara Peringkat Akhir Kali Ke-21


.
3 Jun 2009 - Jabatan Pendidikan KoKurikulum Kementerian Pendidikan telah menganjurkan Pertandingan Syarahan Agama Antara Sekolah-Sekolah Menengah Dan Maktab-maktab Senegara Kali Ke-21 yang mana ianya juga turut diselenggarakan oleh Sekolah Menengah Awang Semaun yang bertindak selaku tuan rumah.
.
.
Antara objektif projek tahunan ini diadakan adalah bagi memupuk para pelajar agar berani dan petah bercakap dikhalayak ramai disamping untuk mengambil manfaat daripada syarahan-syarahan yang disampaikan oleh para peserta dalam pertandingan tersebut.
.
.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis pada hari tersebut adalah Yang Mulia Hajah Hasnah Haji Omar, Pemangku Pengarah Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
.
.
Seramai 5 daripada 22 peserta lelaki telah layak ke pertandingan tersebut, manakala bagi kategori perempuan pula, seramai 5 orang peserta telah terpilih dari 24 penyertaan awal.
.
.
Antara wakil sekolah bagi kategori lelaki yang bertanding dalam peringkat akhir adalah daripada Sekolah Menengah Sayyidina Ali, SMALHB, Sekolah Menengah Awang Semaun, Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab dan juga Mahad Islam Brunei.
.
.
Bagi kategori perempuan pula adalah wakil daripada Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Masna, SUAMPRIPAD, Sekolah Menegah Awang Semaun, Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hjh Rashidah Sa'adatul Bolkiah dan juga Sekolah Menengah Sayyidina Othman.
.
.
Majlis pada hari tersebut turut diserikan dengan persembahan nasyid dan zikir dabaie oleh para pelajar Sekolah Menengah Awang Semaun.
.
.
Sebelum pengumuman dibuat, ketua hakim telah memberi ulasan bahawa pertandingan pada kali ini adalah berada ditahap yang baik, walau bagaimanapun, para peserta telah ditekankan untuk meningkatkan lagi mutu syarahan dimana interaksi dengan para hadirin adalah penting untuk menarik perhatian mereka untuk sama-sama menghayati syarahan-syarahan yang dihujahkan.
.
.
Pertandingan pada hari tersebut telah menyaksikan peserta Awg Ahmad Zulwaqar Suhaili dari SMALHB telah menjadi johan bagi kategori lelaki, diikuti oleh Mohd Afiq Roslan dari Ma'had Islam Brunei ditempat kedua dan Muhd Wazzirul Wafaudin Isa dari Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab ditempat ketiga.
.
.
Bagi kategori perempuan pula, johan disandang oleh Dyg Eis Farhana Haji Latif dari Sekolah Menengah Sayydina Othman, diikuti oleh Dyg Nur Syarfa Syazwana Ahmadyani dari Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Masna dan Dyg Nooramalina Sulaiman dari SUAMPRIPAD di tempat ketiga.
.
.
Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis dan setelah itu bacaan doa selamat oleh Ustaz Noorsahdin Haji Nordin.
.