Wednesday, June 17, 2009

Hari Silaturahmi SUAMPRIPAD Bersama Rangkaian Nur Islam Radio Brunei (Bahagian 2)


.
11 Jun 2009 - Bagi sebelah petang pula, aturcara Hari Silaturahim SUAMPRIPAD Bersama Rangkaian Nur Islam Radio Brunei telah dimulakan dengan ucapan daripada Puan Pemangku Pengetua SUAMPRIPAD.
.
.
Acara di dalam dewan tersebut kemudiannya diteruskan dengan ucapan daripada Yang Mulia Awg Haji Ali Bin Haji Aji, Pemangku Penolong Ketua Rancangan Radio. Dalam ucapan beliau, semangat kerjasama yang ditunjukkan bagi menjayakan acara Hari Terbuka tersebut adalah menepati seruan kerajaan dalam meningkatkan perpaduan dan kerjasama diantara agensi-agensi kerajaan.
.
.
Acara kemudiannya diteruskan lagi dengan ucapan daripada Yang Mulia Awg Hj Mahrub bin Haji Murni, Pemangku Pengarah Radio Televisyen Brunei yang hadir selaku tetamu kehormat majlis. Dalam ucapan tersebut, beliau telah menekankan bahawa para penuntut atau belia adalah aset negara yang penting yang perlu mempunyai akhlak mulia bagi mencapai ke arah pembinaan masyarakat yang bertamadun tinggi dan berkualiti. Jika ini dapat dicapai, ianya sudah tentu akan menjadi pembanteras gejala sosial yang negatif yang mengancam keupayaan negara untuk membangun.
.
.
Setelah ucapan, aturcara diteruskan dengan penyampaian cenderamata dari pihak sekolah kepada tetamu kehormat majlis.
.
.
Selain persembahan pentas, majlis pada petang tersebut juga menyaksikan penyampaian cenderamata kepada para penaja, para pengulas Talian Minda silaturahmi, dan juga kepada Pembimbing Pasukan Hadrah (Asy-Syams).
.
.
Dalam kesempatan ini, pihak sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Rangkaian Nur Islam Radio Brunei khasnya, dan Radio Televisyen Brunei amnya, atas kerjasama yang diberikan dalam sama-sama menjayakan acara pada hari tersebut. Pihak sekolah juga tidak lupa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penaja serta semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan hari tersebut dan semoga Allah memberi ganjaran pahala atas usaha ikhlas abiskita semua. Amin.
.
.
.
.
.
.
.

0 comments: