.
11 Mei 2009 -Seramai 26 orang delegasi dari negara Filipina telah membuat lawatan kerja ke SUAMPRIPAD bagi menghadiri sesi taklimat dan dialog dengan para pegawai daripada Jabatan Pengajian Islam serta pegawai dan juga guru SUAMPRIPAD bagi mendapatkan pendedahan keatas sistem pendidikan agama yang dilaksanakan di Brunei Darussalam.
.
.
Turut sama menyambut kedatangan para rombongan dalam sesi taklimat pada kali ini adalah Yang Mulia Ustazah Hajah Fatimah Bte Haji Abd Ghani, Penolong Pengarah Jabatan Pengajian Islam, sambil ditemani oleh Yang Mulia Ustazah Hajah Rosita Bte Haji Yahya, Ketua Bahagian Institusi Pengajian serta para pegawai JPI lainnya.
.
Turut sama menyambut kedatangan para rombongan dalam sesi taklimat pada kali ini adalah Yang Mulia Ustazah Hajah Fatimah Bte Haji Abd Ghani, Penolong Pengarah Jabatan Pengajian Islam, sambil ditemani oleh Yang Mulia Ustazah Hajah Rosita Bte Haji Yahya, Ketua Bahagian Institusi Pengajian serta para pegawai JPI lainnya.
.
.
Tuan Manaros B Boransing, Setiausaha Rendah Hal Ehwal Muslim, yang bertindak selaku ketua rombongan menyatakan bahawa tujuan lawatan kerja tersebut dijalankan adalah untuk memperkukuhkan model pendidikan madrasah yang baru dilancarkan di negara Filipina, menerusi kerjasama dan pembangunan perhubungan diantara kedua buah negara dan seterusnya menggunakan sistem tersebut sebagai model yang boleh diterapkan ke dalam sistem pendidikan negara mereka.
.
.
Beliau menambah bahawa lawatan ini adalah penting bagi menjayakan perlaksanaan pengajian madrasah di Filipina yang mempunyai jutaan penduduk yang beragama islam. Beliau juga berharap agar sistem madrasah tersebut akan terus berkembang sehingga setaraf dengan sistem pengajian agama di rantau ini.
.
.
Setelah sesi taklimat, rombongan delegasi juga dibawa melawat ke sekitar kawasan sekolah seperti kelas-kelas, makmal komputer dan juga perpustakaan bagi melihat dengan lebih dekat lagi kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan di sekolah ini.
.
.
Delegasi tersebut telah berada di negara ini selama dua hari sebelum berlepas meneruskan lawatan yang sama ke Kuala Lumpur, Malaysia.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

0 comments:
Post a Comment