.
13 April 2009 - Badan Hal Ehwal Pelajar SUAMPRIPAD menerusi Ahli Jawatankuasa Pelajar telah menganjurkan satu aktibiti Hari Terbuka Mini Pameran Badan Bahasa Dan Persuratan yang berlangsung di Bilik Serbaguna Bangunan Al-Mas selama dua hari berturut-turut.
.
.
Adapun objektif utama mini pameran tersebut adalah untuk menarik minat para pelajar untuk mengukuhkan lagi penggunaan dan pengguasaan bahasa arab sejajar dengan kriteria sekolah sebagai salah satu institusi pengajian yang menggunakan bahasa tersebut sebagai salah satu bahasa pengantar. Disamping itu, pameran tersebut juga bertujuan untuk memperkenalkan ahli - ahli jawatankuasa Badan Bahasa Dan Persuratan yang baru dilantik kepada warga sekolah.
.
.
Upacara perasmian mini pameran tersebut telah disempurnakan oleh Pemangku Pengetua, Ustazah Dyg Hjh Sarimah Bte Awg Hj Ahmad. Majlis perasmian juga dihadiri oleh Timbalan Pengetua Akademik, Pemangku Timbalan Pengetua Pentadbiran serta para pegawai, guru dan juga para pelajar.
.
.
Acara pada hari tersebut diserikan lagi dengan persembahan puisi tiga bahasa nukilan Shukri Zain oleh ahli jawatankuasa pelajar yang bertugas.
.
.
Dalam pameran tersebut, para hadirin telah diberi pendedahan kepada berbagai jenis sumber ilmu pengetahuan dalam bahasa arab seperti buku-buku pelajaran, buku cerita, perisian multimedia berbentuk ilmiah dan sebagainya.
.
.
.
.
.
.
.

0 comments:
Post a Comment