Thursday, March 26, 2009

Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang 2008M/1429H


.
19 Mac 2009M - Sebagai penghargaan atas usaha dan kejayaan para pelajar dalam berbagai peperiksaan yang dijalankan tahun lalu, SUAMPRIPAD telah mengadakan satu majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang 2008M/1429H yang berlangsung di dewan besar sekolah.
.
.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis adalah Ustazah Dyg Hjh Hajijah Bte Awg Hj Moktal yang merupakan Ketua Bahagian Peperiksaan di Jabatan Pengajian Islam.Selain beliau, majlis pada hari tersebut juga dihadiri oleh para ibubapa pelajar yang terpilih.
.
.
Majlis pada hari tersebut dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh ahli-ahli kelab SETIA yang pada masa ini semakin giat dalam menghalusi kaedah dan seni tilawah Al-Quran.
.
.
Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis iaitu Puan Pemangku Pengetua sekolah.
.
.
Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Ustazah Dyg Hjh Hajijah, tetamu kehormat majlis. Dalam ucapan tersebut, beliau sempat merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada para pelajar yang telah berjaya dan menggesa mereka agar terus berusaha demi kejayaan dimasa akan datang. Beliau juga menekankan kepada para pelajar agar sentiasa menjaga disiplin dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh ibubapa dan juga pihak sekolah dengan penuh dedikasi kerana pengalaman yang akan diperolehi nanti akan membantu para pelajar dalam mempersiapkan diri untuk menjadi pemimpin dimasa hadapan.
.
.
Seterusnya. majlis diteruskan dengan persembahan syair 3 bahasa hasil ciptaan Shukri Zain yang dibawakan oleh 3 pelajar dari tahnawi 5.
.
.
Maljis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah dan sijil kepada 45 orang pelajar dari tahun 7, thanawi 2 dan thanawi 4 yang masing-masing telah memperolehi keputusan yang cemerlang semasa Peperiksaan Akhir Tahun sesi 2008M. Hadiah dan sijil telah disampaikan oleh tetamu kehormat majlis.
.
.
Selain itu, seramai 26 guru juga diberi penghargaan atas sumbangan mereka didalam mencapai kejayaan 100 peratus dalam matapelajaran yang diajarkan. Sijil penghargaan telah disampaikan oleh Ustaz Matudin Bin Hj Tahir.
.
.
Majlis kemudiannya direhatkan seketika dengan persembahan gabungan dari Kumpulan Hadrah Asy-Syams dan juga An-Najwa. Majlis kemudiannya disambung kembali dengan upacara penyampaian hadiah dan sijil kepada 29 orang pelajar yang telah memperolehi keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan bersijil PMB, SPUB dan juga GCE O Level sesi 2008M. Hadiah telah disampaikan oleh tetamu kehormat majlis. Seramai 23 orang guru juga turut diberi penghargaan pada hari tersebut atas sumbangan dan usaha dedikasi mereka sehingga para pelajar mencapai hasil keputusan yang cemerlang dalam berbagai peperiksaan bersijil.
.
.
Acara pada hari tersebut diteruskan dengan penyampaian Anugerah Guru Khas kepada Cikgu Hartini Bte Hj Md Yusuf, seorang guru matapelajaran geografi yang juga telah menerima Anugerah Khas Hari Guru semasa sambutan Hari Guru yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa sebelum ini.
.
.
.
Pelajar cemerlang bagi peperiksaan PMB 2008 telah disandang oleh Dyg Najihah Bte Hj Mohd Hamzidi manakala pelajar terbaik bagi peperiksaan SPUB pula disandang oleh Dyg Hamizah Binti Baha dan Dyg Hanina Bte Hj Talip yang juga merupakan pelajar terbaik bagi peperiksaan O'Level.
.
.
Anugerah Pelajar Mithali bagi sesi 2008M pula telah disandang oleh Dyg Auni Raqinah binti Haji Abdul Rajak. Pelajar yang aktif lagi periang ini, dalam ucapannya, telah merakamkan jutaan terima kasih kepada kedua ibubapanya dan juga para guru kerana telah memberi didikan dan dorongan kepadanya sepanjang keberadaannya di SUAMPRIPAD sehingga beliau diberikan penganugerahan yang begitu bermakna bagi dirinya.
,
.
Majlis pada hari tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat yang disampaikan oleh Ustazah Dyg Hjh Sarimah.
.
.
.
.
.

0 comments: