Tuesday, March 17, 2009

Aktibiti Mengatam Padi


.
15 Mac 2009 - Unit Ko-Kurikulum dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Pelajar SUAMPRIPAD telah membuat aktibiti mengatam (menuai) padi di kampong Mungkom, Tutong. Aktibiti ini telah disertai oleh 17 orang AJK penuntut, 31 orang prefek dan 19 orang guru pengawas.
.
.
Setibanya disana, para peserta disambut oleh Awang Saiful Rizal dan juga ayahnya Hj Ariffin Bin Abdullah yang merupakan pemilik sawah padi tersebut. Sebelum memulakan acara, para peserta telah terlebih dahulu diberikan taklimat yang serba ringkat mengenai proses penanaman padi.
.
.
Menurut Awg Saiful Rizal, terdapat dua cara untuk menanam padi: 1.menanam diatas bukit 2. menanam dikawasan paya. Bagi keluarga Awg Saiful Rizal, mereka lebih gemar dengan kaedah yang kedua dan sehingga kehari ini, mereka masih mengamalkan sistem tradisional dalam menanam padi iaitu menanam hanya sekali dalam setahun. Ini amat berbeza dengan sistem yang dipraktikkan di Kampong Wasan iaitu menanam padi 3 kali dalam setahun.
.
.
Proses kitaran yang dilakukan Awg Saiful Rizal dan keluarga pada setiap tahun, akan bermula pada bulan September dengan aktibiti menyemai benih padi. Benih-benih padi tersebut akan mula ditanam di sawah pada bulan Oktober. Padi yang akan tumbuh boleh mencecah ketinggian sehingga 1.5 kaki. Setelah 4 bulan, iaitu sekitar bulan Febuari, padi akan mula dituai.
.
.
Antara peralatan tradisional untuk mengatam padi adalah seperti Katap, Bikung dan juga Sembilu (yang diperbuat daripada buluh). Padi yang sudah dikatam akan diproses menggunakan mesin untuk memisahkan padi dari dahannya. Padi tersebut akan disimpan didalam 'sukadar' iaitu pondok khas untuk menyimpan padi. Padi ini akan dibeli oleh Jabatan Pertanian dengan harga $1.60 bagi setiap satu kilo.
.
.
Menurut Awg Saiful Rizal lagi, tidak semua padi boleh dikatam kerana telah dirosakkan oleh binatang-binatang seperti burung pipit, tikus dan sebagainya. Bagi menangani masalah ini, para pengusaha tanaman padi akan menempatkan beberapa 'selidap' dalam kawasan sawah. 'Selidap' adalah benda-benda yang digantung untuk menghasilkan bunyi-bunyian bagi menakutkan binatang perosak padi tersebut.
.
.
Aktibiti pada hari tersebut berakhir sekitar jam 12 tengahari dengan para pelajar dan juga guru pulang dengan membawa pengalaman dan pengajaran yang begitu berharga dan bermakna bagi peserta. Dalam kesempatan ini, pihak SUAMPRIPAD ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas kerjasama dan layanan baik Awg Saiful Rizal dan keluarga sepanjang acara aktibiti mengatam padi ini dan semoga kita akan berjumpa lagi dimasa akan datang.
- Di Laporkan Oleh Norhafizah HMS ( Yang Dipertua Penuntut)
.
.
.

0 comments: