.
Tanggal 23 Februari 2009 merupakan detik yang begitu bersejarah bagi Negara Brunei Darussalam kerana tarikh tersebut telah menandakan bahawasanya Negara Brunei Darussalam telah menikmati kemerdekaan selama 25 tahun dan upacara perhimpunan agung sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan telahpun diadakan dengan penuh gilang gemilang di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas
.
.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar telah berkenan berangkat menghadiri upacara perhimpunan agung tersebut yang bertemakan "Kedewasaan Bernegara".
.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar telah berkenan berangkat menghadiri upacara perhimpunan agung tersebut yang bertemakan "Kedewasaan Bernegara".
.

.
Turut serta berangkat menghadiri upacara perhimpunan agung tersebut adalah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah serta Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah serta anggota kerabat Diraja lainnya.
.
.
.
Sejurus keberangkatan tiba, Baginda Sultan, Baginda Raja Isteri dan Pengiran Isteri serta anggota kerabat diraja lain menerima Hormat Diraja diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan Allah Peliharakan Sultan. Baginda Sultan seterusnya berkenan memeriksa pasukan perbarisan kawalan kehormatan sebelum berangkat semula ke Pentas Diraja. Seterusnya, Baginda Sultan sekali lagi menerima hormat diraja dan diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan.
.
.
.
Acara pada hari tersebut diteruskan lagi dengan upacara perbarisan lalu oleh berbagai pasukan yang terdiri dari pasukan-pasukan berpakaian seragam, agensi-agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan, institut pengajian tinggi, maktab-maktab, sekolah-sekolah, persatuan dan pertubuhan awam, sektor swasta dan sebagainya. Perbarisan lalu tersebut telah didahului oleh pasukan pembawa bendera negara berukuran besar diikuti oleh pasukan pembawa bendera logo Hari Kebangsaan serta pembaca ikrar.
.
.

.
Antara perkara yang membanggakan pada hari tersebut adalah penyertaan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dalam upacara perbarisan lalu oleh pasukan kadet tentera Universiti Brunei Darussalam yang baru-baru ini ditubuhkan.
.
.
.
SUAMPRIPAD juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai upacara perbarisan lalu tersebut dalam sama-sama menzahirkan rasa taat setia kepada raja serta rasa cintakan negara. Seramai lebih kurang 130 pelajar thanawi 4 serta guru-guru telah mengambil bahagian dalam acara tersebut.
.
.
.
Acara diteruskan dengan upacara pembacaan ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi oleh semua lapisan masyarakat yang hadir semasa perhimpunan agung tersebut. Acara kemudiannya diteruskan lagi dengan pertunjukkan gerak kreatif yang dilakukan oleh kira-kira 20 ribu orang yang peserta yang terdiri daripada berbagai agensi kerajaan serta institut-institut pendidikan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
warga tua juga sama-sama turut serta dalam menyemarakkan lagi upacara perbarisan lalu


0 comments:
Post a Comment