Pencari Maklumat

Loading

27 February 2009

MAJLIS PEMBUBARAN & PERLANTIKAN AJK PENUNTUT, PREFEK, PRS & 3PD 2008 & 2009M


.
24 Februari 2009 - "Selain gigih berusaha dalam bidang pelajaran, para ahli jawatankuasa penuntut yang baru dilantik perlu tabah dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan demi mencapai kejayaan dimasa akan datang", kata Puan Pemangku Pengetua semasa memberi ucapan didalam Majlis pembubaran & Perlantikan AJK Penuntut, Prefek, PRS & 3PD bagi sesi 2008 & 2009M yang diadakan baru-baru ini.
.
.
Majis yang diadakan di dewan besar sekolah ini telah dikendalikan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar bagi memberi penghargaan kepada bekas ahli jawatankuasa, prefek, PRS dan juga 3PD 2008 atas kerjasama dan sikap tanggungjawab mereka semasa mereka memegang jawatan-jawatan yang diamanahkan pada tahun lepas.
.
.
Setelah ucapan Yang Mulia Ustazah Dyg Hjh Sarimah Bte Awg Hj Ahmad, majlis diteruskan dengan upacara penyampaian sijil penghargaan kepada para AJK tahun 2008 yang disempurnakan oleh Ustazah Hjh Surinah Bte Hj Kula, Guru kanan Pentadbiran di SUAMPRIPAD.
.
.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan daripada bekas Yang Dipertua Penuntut 2008 iaitu Dyg Wardah Bte Hj Ibrahim.
.
.
Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan upacara penyampaian surat lantikan dan lencana kepada AJK Penuntut, PRS & 3PD bagi sesi 2009 yang disampaikan oleh Timbalan Pengetua Akademik, Ustaz Matudin Bin Hj Tahir.
.
.
Beberapa pertunjukan slaid juga dipamerkan bagi mengenang kembali aktibiti-aktibiti yang diusahakan oleh bekas AJK Penuntut, PRS & 3PD sepanjang tahun 2008. Setelah itu, majlis diteruskan dengan upacara penyampaian surat lantikan, lencana dan kain seragam kepada para Prefek baru bagi sesi 2009 yang disampaikan oleh Puan Pemangku Pengetua sendiri.
.
.
Majlis kemudiannya memberi peluang kepada Dyg Norhafizah binti Haji Md. Sofian bagi menyampaikan ucapan penghargaan kepada pihak sekolah atas kepercayaan yang diberikan dalam memikul tanggungjawab sebagai Yang Dipertua Penuntut bagi sesi 2009.
.
.
Setelah itu, majlis disambung dengan bacaan 'ikrar setia' oleh AJK penuntut, Prefek, PRS & 3PD sesi 2009. Majlis diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr dan sesi bergambar beramai-beramai.
.
Bekas Pengerusi PRS 2008
..
Bekas Ketua 3PD 2008
Bekas PRS & 3PD 2008
.
Sebahagian dari prefek 2008
.
AJK Penuntut 2009
.
Ahli Prefek 2009
.
Ahli PRS & 3PD 2009
.