Sunday, December 28, 2008

Kempen Kebersihan Di Hutan Simpan Berakas


.
27 Disember 2008 - Bagi mengisikan masa lapang dengan aktibiti yang berfaedah, Unit 3PD & Unit PRS SUAMPRIPAD telah mengadakan aktibiti kempen kebersihan bertempat di Hutan Simpan Berakas.
.
.
Para pelajar yang terlibat dalam aktibiti ini terdiri dari pelajar thanawi 5 yang pada tahun hadapan akan menyambung pembelajaran di Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hasannal Bolkiah.
.
.
Selain membersihkan kawasan sekeliling, acara pada hari tersebut juga diselitkan dengan beberapa permainan mini sukan ria yang melibatkan para pelajar dan juga para guru. Acara juga diselitkan dengan BBQ sebagai hidangan jamuan pada hari tersebut.
.
.
Acara ini dengan tidak secara langsung memberi peluang kepada para pelajar untuk bergaul mesra sesama rakan taulan dan juga para guru yang sekian lama tidak bersua. Aktibiti pada hari tersebut telah bermula sekitar jam 8 pagi dan berakhir sekitar waktu tengahari.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.

Saturday, December 20, 2008

Meredah Hutan Bekiau


.
30 November 2008 - Hari ahad, seramai hampir 40 orang pelajar dan guru telah menyertai aktibiti meredah hutan yang terletak di kawasan Kampung Bekiau, Tutong.
.

.
Disamping meredah hutan sambil menikmati flaura dan fauna, aktibiti ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada kaedah orang-orang dulu dalam memburu binatang seperti pelanduk dan sebagainya .
.

.
Ahli keluarga Ustaz Rahim bin Idris telah bertindak sebagai jurupandu rombongan memandangkan mereka tinggal berdekatan kawasan tersebut dan mereka sememangnya arif dengan selok belok hutan tersebut.
.
.
Aktibiti pada hari tersebut telah mengambil masa setengahari dan diakhiri dengan persinggahan tak dirancang ke Pantai Seri Kenangan, Tutong.
.



Tuesday, December 16, 2008

Sukan Ria Penutup Sesi Persekolahan 2008


.
29 November 2008 - Sebagai penutup sesi persekolahan bagi tahun 2008, SUAMPRIPAD telah mengadakan aktibiti sukan ria yang melibatkan para pelajar serta guru.
.

.
Aktibiti pada hari tersebut dimulakan dengan senam aerobik di dewan besar sekolah dan setelah itu, acara suka ria pun dimulakan.
.

.
Berbagai permainan telah diatur bagi memeriahkan lagi hari tersebut. Antara permainan yang diadakan adalah seperti perlumbaan mengisi air kedalam botol, mencari benda dalam tepung dan seterusnya menyelesaikan kiub rubik, perlumbaan bola hoki, menyambut belon air dan sebagainya.
.

.
Sambil para pelajar menyertai permainan-permainan tersebut, para guru pula menyibukkan diri dengan mengadakan BBQ sebagai juadah bagi para pelajar.Acara pada hari tersebut diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang permainan dan acara keseluruhan pada hari tersebut dimenangi oleh Rumah Hijau.
.

.
.
.
.
/.
/
.
.
.
/.
.
.

Friday, December 12, 2008

Majlis Khatam Al-Quran Bagi Para Guru


.
27 November 08 - Seramai 22 orang guru lelaki berserta 45 orang guru perempuan SUAMPRIPAD telah menyertai majlis khatam Al-Quran yang diadakan di surau sekolah berkenaan.
.
.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Ustazah Dyg Hjh Sarimah Awg Hj Ahmad, Pemangku Pengetua sekolah dan diteruskan dengan bacaan surah Ad-Dhoha hingga surah Al-Lahab oleh peserta khatam.
.
.
Perhimpunan ini seterusnya mengadakan bacaan tahlil beramai dan dikuti dengan bacaan doa khatam oleh Ustaz Zul Izzi Awg Tengah dan bacaan doa tahlil oleh Cikgu Ak Mohd Haddy Soffian Pg Amran.
.
.
Majlis diakhiri dengan penyampaian 'bunga telur' oleh Puan Pemangku Pengetua kepada para guru dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
.
.
.

Tuesday, December 9, 2008

Lawatan Ke Kilang Air Mineral Sehat


.
25 November 08 - Seramai 46 orang pelajar thanawi 3 berserta 7 orang guru pengawas telah membuat satu lawatan sambil belajar ke Kilang Air Mineral Sehat yang terletak di Kuala Belait.
.
.
Sejurus tiba disana, rombongan lawatan diberi taklimat mengenai latar belakang syarikat dan langkah-langkah pemerosesan air yang dilakukan bagi menghasilkan produk air mineral Sehat.
.
.
Menurut Syaefulloh, wakil syarikat Air Mineral Sehat, air mineral yang dihasilkan bersumber daripada air bawah tanah yang kemudiannya dipam kedalam tangki simpanan dan dibiarkan selama 48 jam.
.
.
Setelah itu, air tersebut akan melalui beberapa siri proses penapisan seperti penapisan pasir, penapisan carbon dan sebagainya. Air yang sudah ditapis itu akan dirawat dengan suntikan ozon bagi membunuh semua kuman dan bakteria dan seterusnya meneutralkan rasa dan bau air tersebut. Air yang sudah diproses ini akan dibotolkan dan semua proses ini hanya memakan masa sebanyak 15 minit untuk dilaksanakan.
.
.
Menurut Syaefulloh lagi, syarikat tersebut boleh menghasilkan kira-kira 2000 kotak air mineral dalam masa sehari. Air mineral Sehat mengandungi mineral semula jadi yang diperlukan tubuh dan ini merupakan perbezaan yang besar dengan air minuman yang diproses oleh syarikat lain.
.
.
Selesai sesi taklimat, rombongan dibawa melawat sekitar kilang berkenaan untuk melihat dengan lebih dekat kaedah-kaedah pemerosesan yang dijalankan. Lawatan berkenaan diakhiri dengan upacara penyampaian cenderamata kepada wakil syarikat dan diselajurkan dengan sesi bergambar ramai.
.
.
Setelah itu, rombongan meneruskan lagi lawatan ke Monumen Ke Sebillion Tong minyak yang terletak tidak jauh dari kilang air mineral tadi. Monumen ini adalah untuk menandakan pengeluaran minyak mentah yang telah mencapai angka satu billion tong pada satu ketika dahulu.
.
.
Setelah berehat seketika, rombongan pun meneruskan perjalanan pulang ke SUAMPRIPAD.


Saturday, December 6, 2008

Tresure Hunt & Kuiz Bahasa Arab


.
22 November 2008 - Jabatan Matematik SUAMPRIPAD telah mengadakan aktibiti 'Tresure Hunt' yang berlangsung sekitar kawasan sekolah. Acara tersebut merupakan salah satu program bagi mengisi masa pelajar dengan aktibiti-aktibiti yang yang menyeronokkan lagi informatik.
.
.
Setiap kumpulan yang menyertai aktibiti tersebut terdiri dari 3 orang pelajar thanawi 1,2 dan 4 dan mereka dikhendaki melalui 10 checkpoint yang ditempatkan sekitar kawasan sekolah. Setiap checkpoint memerlukan para peserta untuk mengatasi cabaran yang diberikan seperti menjawab teka-teki, melukis logo menggunakan komputer, mengupas kulit ubi, mencari benda tersembunyi dan sebagainya.
.
.
..
.
.
.
Sementara itu, satu acara pertandingan kuiz anjuran Jabatan Mawadiniyyah juga berlangsung didewan besar sekolah. Pertandingan antara rumah hijau, merah, kuning dan biru ini telah disaksikan oleh Puan Pemangku Pengetua, Guru-guru serta pelajar lainnya. Majlis diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang yang disempurnakan oleh Pemangku Pengetua sekolah.
.
.
.
.

Thursday, December 4, 2008

Hari Bahasa Arab


.
20 November 2008 -Jabatan Bahasa Arab SUAMPRIPAD telah mengungkayahkan satu aktibiti yang dinamakan Hari Bahasa Arab bagi para pelajar bertempat di dewan besar sekolah.
.
.
Antara tujuan aktibiti tersebut dilancarkan adalah supaya meningkatkan lagi minat para pelajar untuk mempelajari bahasa arab, meningkatkan keupayaan pelajar untuk bertutur dalam bahasa arab dan juga menambah ilmu pengetahuan menerusi aktibiti-aktibiti yang telah dijalankan. .
.
.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis pada hari tersebut adalah Yang Mulia Ustazah Hjh Norjainah Hj Buntar, Ketua Unit Sekolah-sekolah Arab di Jabatan Pengajian Islam.
.
.
Aturcara majlis pada hari tersebut mengandungi berbagai jenis aktibiti seperti forum, kuiz,teka-teki,'treasure hunt', dan sebagainya. Acara pada hari tersebut juga dimeriahkan lagi dengan persembahan dari Kelab Hadrah sekolah.
.
.
Majlis diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah kepada peserta-peserta aktibiti yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

Monday, December 1, 2008

Lawatan Ke Bumbungan Dua Belas


.
20 November 2008 - Seramai 27 orang pelajar dan guru SUAMPRIPAD yang terdiri dari ahli Kelab Sejarah telah membuat lawatan sambil belajar ke Bumbungan Dua Belas yang terletak di Jalan Residency.
.
.
Bangunan Dua Belas telah dibina pada tahun 1906 dan merupakan kediaman rasmi bagi perwakilan British pada suatu ketika dahulu. Permandangan dari bangunan berkenaan sangat menarik kerana ianya terletak diatas bukit berhadapanan dengan Kampong Air.
.
.
Pada masa ini, bangunan tersebut dimiliki oleh Kerajaan dan ianya digunakan sebagai salah satu galeri untuk para pelancong dan juga dijadikan tempat bagi persembahan kebudayaan.
.
.
Setelah selesai melawat bangunan berkenaan, rombongan beralih pula ke Mini Muzium Kampong Saba yang terletak di Kampong Air. Mini Muzium yang dipunyai oleh Awang Haji Mahmud bin Mohammad ini mempamerkan barangan-barangan antik yang dikumpul sejak tahun 1960.
.
.
Antara barangan antik yang menjadi tumpuan adalah seperti cerek yang dipanggil 'Languai', timbikar-timbikar lama dan juga wang-wang syiling lama.
.
.
Lawatan tersebut berakhir sekitar waktu tengahari dan diakhir dengan sesi bergambar ramai.


.
.