Pencari Maklumat

Loading

21 April 2008

Math Fun Day SMPIHM, Serasa


.
20 April 2008 - Bagi menyemarakkan lagi Karnival Explomath kali ke-16 yang diadakan di Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam Serasa, sekolah berkenaan telah mengadakan lagi satu aktibiti yang dinamakan "Math Fun Day" yang diadakan pada Ahad lalu bertempat dikawasan sekolah berkenaan.
.
.
Sebanyak 31 buah sekolah dari seluruh pelusuk negara telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam aktibiti berkenaan. Setiap sekolah diwakili oleh 4 orang pelajar yang terdiri dari tingkatan 2 dan 4 dan ditemani seorang guru pengawas. Wakil SUAMPRIPAD bagi acara tersebut adalah Dk. Hajah Siti Hazirah binti Pengiran Haji Zulkarnain, Elia Ajeeratul Marhain @ Ajeerah binti Umar, Dk. Siti Wafiqah binti Pengiran Mohd. Jefri, Nur Na'iimah binti Lamat dan Cikgu Helmme Bin Haji Ramlee sebagai guru pengawas.
.
.
Setelah semua perserta melakukan senam arobik untuk memanaskan badan, perlumbaan pun dimulakan. Aktibiti Math Fun Day ini memerlukan setiap kumpulan untuk menyelesaikan masalah yang berunsur matematik yang telah diletakkan di seluruh kawasan sekolah. Kumpulan yang berjaya meraih mata yang tertinggi dalam masa kurang 2 jam selepas melepasi 15 checkpoint adalah dikira pemenang.
.
.
Dalam perlumbaan tersebut, St George's School telah meraih tempat pertama diikuti oleh Maktab Sain Paduka Seri Begawan Sultan ditempat kedua dan St Andrew's School ditempat ketiga. Upacara penyampaian hadiah untuk acara tersebut telah disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis, Yang Mulia Ak Abdullah Bin Pg Haji Tengah, Pemangku Pengarah Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan.
.