.
18 November 2009 - Jabatan Pengajian Islam telah menganjurkan satu peraduan pidato dan bercerita dalam bahasa Arab bagi sekolah-sekolah arab bagi tahun 1430H/2009M yang diadakan di dewan besar SUAMPRIPAD.
.
Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis pada hari tersebut adalah Yang Mulia Ustaz Hj Harun Bin Hj Juned, Setiausaha Majlis Ugama Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Turut hadir menyaksikan peraduan tersebut adalah Yang Mulia Ustazah Hjh Fatimah Binti Hj Abd Ghani, Penolong Pengarah Pengajian Islam.
.
.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa oleh Yang Mulia Ustaz Hj Asri Bin Hj Abd Ghaffar.
.
.
Majlis kemudiannya disusuli dengan ucapan daripada Pengerusi majlis iaitu Yang Mulia Ustazah Hjh Rusita Binti Hj Yahya. Menurut ucapan beliau, antara objektif peraduan tersebut diadakan adalah bagi mendidik para pelajar untuk mempraktikkan penggunaan bahasa arab tanpa rasa takut dan malu jika membuat kesilapan.
.
.
Majlis seterusnya menyaksikan peraduan pidato yang disertai oleh 4 buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Mahad Islam Brunei dan juga SUAMPRIPAD
.
.
Manakala bagi peraduan bercerita dalam bahasa arab pula, sebanyak 4 buah pasukan telah menyertai pertandingan tersebut antaranya Mahad Islam Brunei, Sekolah Arab Jerudong, Sekolah Arab Belait dan juga Sekolah Persediaan Arab BSB.
.
.
Peraduan Pidato Kategori A telah dimenangi Ak. Ahmad Faris Ramadhani Bin Pg Hj Sallehuddin dari ITQSHHB. Tempat kedua disandang oleh wakil tuan rumah iaitu Dyg Hjh Amal Syukriah Bte Hj Ali Hassan manakala tempat ketiga disandang oleh Dyg Nur Faizura Syahira Bte Hj Marsidi dari ITQSHHB.
.
.
Bagi Kategori B pula, tempat pertama telah dimenangi oleh Dyg Norain Bte Hj Awg Othman dari SMALHB, tempat kedua disandang oleh Hamizah Binti Hj Mintir dari SUAMPRIPAD dan tempat ketiga disandang oleh Mohd Habzillah Bin Abd Wahab, juga daripada SMALHB.
.
.
Sementara itu, bagi peraduan Bercerita dalam Bahasa Arab pula, pasukan Sekolah Persediaan Arab BSB telah muncul juara dengan markah 92.5 peratus dengan diikuti oleh pasukan Sekolah Arab Jerudong ditempat kedua dan pasukan Sekolah Arab Belait ditempat ketiga.
.
.
Persembahan yang dipamerkan oleh sekolah-sekolah yang menyertai peraduan bercerita tersebut sememangnya menarik dan ianya jelas membuktikan bakat, kreativiti dan kesungguhan para pelajar dan juga guru pembimbing sekolah masing-masing dalam menyokong semangat persaingan sihat yang ditekankan dalam pertandingan ini.
.
.
Upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Ustaz Hj Harun Bin Hj Juned.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
,
,
,
,
..
Foto & Teks : win
